“Kami Tak Gentar Thanabalan. Kami lebih risaukan pemain lain ..” Kata Pemain Thailand

Malaysia's Thanabalan A/L Nadarajah (C) fights for the ball against Indonesia's goalkeeper Satria Tama Hardiyanto (R) during their men's football semi-finals match at the 29th Southeast Asian Games (SEA Games) at Shah Alam Stadium in Shah Alam, outside Kuala Lumpur on August 26, 2017. / AFP PHOTO / MOHD RASFAN

Pasukan Thailand telah melancarkan perang psikologi sebelum perlawanan Malaysia menentang Indonesia dengan mengatakan bahawa pasukan bola sepak Indonesia lebih berhak untuk melangkah pusingan akhir bola sepak pada temasya sukan SEA 2017.

Namun begitu, aksi atas padang membuktikan bahawa pasukan bola sepak Malaysia lebih unggul dengan pemain Malaysia, N Thanabalan menjaringkan gol tunggal perlawanan dan membawa pasukan Malaysia ke perimgkat akhir.

Disebalik kejayaan Thanabalan membawa pasukan Malaysia ke slot akhir, pertahanan kental Thailand Worawut Namvech mengatakan pasukan mereka tidak bimbang akan kehadiran Thanabalan kerana mereka mampu menghalang pergerakan pemain itu seperti yang mereka lakukan ketika Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia U-23.

Worawut Namvech turut menambah bahawa dia yakin untuk merantai pergerakan Thanabalan walaupun Thanabalan telah menjaringkan banyak gl dalam sukan SEA kali ini.

Menurut pemain Thailand tersebut, pemain Malaysia yang perlu diberi perhatian ialah Safawi Rashid. Menurutnya, pemain bernombor 6 (Safawi Rashid ) lebih berbahaya kerana Safawi lebih lincah, memiliki sepakan kencang serta memiliki skil dan kemahiran individu yang menarik. Oleh yang demikian, pasukan Thailand akan memastikan tiada sebarang cubaan dari Safawi

Be the first to comment on "“Kami Tak Gentar Thanabalan. Kami lebih risaukan pemain lain ..” Kata Pemain Thailand"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*