Kantoi Peserta Clever Girl Malaysia Sedang…

Tidak lama sebelum ini, kita dikejutkan dengan peserta program realiti Clever Girl Malaysia 2017, Noor Syakirah Mohd. Azam atau dikenali sebagai Kiera menarik diri daripada program tersebut.

Menurut kenyataan Kiera, dia memilih untuk menarik diri daripada program tersebut kerana program tersebut bersifat ‘berat sebelah’. Tambahnya lagi, pihak produksi telah mengatur individu tersebut dengan memberinya jawapan bagi soalan yang akan dikeluarkan.

Terkini, untuk rancangan Clever Girl 2017 minggu ini, kita dikejutkan sekali lagi, apabila terdapat adegan di mana seorang peserta telah menjawab soalan tersebut dengan tepat tanpa menunggu pilihan jawapan sehingga habis dibacakan.

Datin Sharifah Shawati sebagai tetamu jemputan telah diberi penghormatan untuk membaca soalan untuk para peserta. Akan tetapi, tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar nembuatkan penonton mendakwa soalan tersebut telah bocor.

 

Kelihatan Alif Satar memberi respon terkejut semasa program tersebut bersiar secara langsung.

 

Berikut video ulangan mengenai adegan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *