Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal? Seorang Dr Menjawab Persoalan Ini.

Perkongsian berkaitan tragedi insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah semalam dalam bentuk video dan gambar-gambar arwah anak didik tahfiz banyak dikongsikan oleh para netizen. Namun, tidakkah kita terfikir berkenaan dengan perasaan keluarga mangsa?

Oleh yang demikian,seorang doktor telah menjelaskan kesan buruk yang akan berlaku sekiranya gambar-gambatr tersebut dikongsikan:

Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal? 

Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.

Ada 2 kesan dahsyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah sebegitu.

1. Kesan pada diri kita sendiri.

Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada kesan buruk pada kita jugak. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.

2. Kesan pada keluarga arwah.

Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. ” Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! ”

Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak sebegitu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?

Orang yang kena PTSD ni biasanya akan :
1. Mengalami mimpi buruk yang berterusan
2. Mengalami tekanan perasan yang parah
3. Mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu
4. Tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu.

Tentulah dengan berkongsi gambar-gambar jenazah akan membuatkan sang ayah terasa sungguh sedih kerana kerap tertengok gambar arwah yang dikongsikan itu. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita menghentikan perbuatan tersebut untuk menjaga perasaan keluarga arwah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *