“Kenapa Tak Tolong?”- Luahan Anggota Tentera Mengenai Isu Pegawai Polis Pengsan Dalam Kawad

Luahan ini dari seorang tentera ekoran insiden seorang anggota polis yang rebah ketika menunggu ketibaan Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sempena Perasmian Persidang Dewan Undangan Negeri.

Itu la dikatakan rejimental. Disiplin dan mental kena kuat. Kenapa saya cakap macam tu. Saya pun selalu buat perbarisan atas padang kawad kerana saya seorang tentera. Memang bagi orang awam benda macam ni pelik. Kenapa tak tolong. Yang lain berdiri dan tengok je. Sebab kenapa ye.

Apabila seseorang polis, tentera ataupun mana2 badan beruniform. Disiplin kena tinggi. Mental kena kuat. Berdiri di padang kawad x kira la kawad panji2 atau pon kawad istiadat bila sesorang tu jatuh anggota medik akan masuk dan mengangkat anggota yang tumbang tu keluar dari perbarisan. Memang la kerjasama diperlukan. Memang la protolkol diperlukan.

Jangan main cakap je sebarangan. Kerana anda semua tidak merasai apa yang kami lalui. Anda boleh la duduk dalam pejabat. Atau duduk menonton je lepas tu.

Bila keburukan orang sikit mula nak dihebohkan. Memang disiplin diperlukan dan kekuatan mental diperlukan bagi anggota polis dan tentera. Sebab kenapa? Apabila peperangan belaku kami boleh bertindak dengan satu arahan je. Contohnya lahad datu. Polis hebat. Tentera hebat tapi anda semua tak tahu kami bergadai nyawa disana. Tinggalkan anak bini. Tinggalkan ayah ibu. Bila gugurnya seorang pahlawan tu baru nak dikenang. Anda semua x tahu apa yang kami rasa.

Apa yg kami lalui. Anda boleh la cakap saja. Cuba anda semua berada di tempat kami. Anda akan rasa apa yang kami lalui. Penderitaan kami. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman damai. Tak ada perbalahan. Tak ada perang. Cuba kita tengok. Negara islam kita yang lain. Syria. Lubnan. Palestin. Negara mreka berperang.

Nak tidur pun tak aman. Nak berjalan pun tak aman. Nak makan pun tak aman. Kita rasa bersyukur kerana negara kita aman dan damai. alhamdulilah. Sebelum kita nak mengkritik atau nak mengata sesuatu tu, baik kita selidik dulu. Kenapa dia tumbang. Kenapa orang lain tak tolong.

Maaf la jika bicara saya membuat anda terasa. Kerana saya sendiri terasa apa yang anda katakan dekat anggota polis yang tumbang tu kerana saya anggota beruniform jugak. Kedaulatan negara tanggungjawab kita bersama.. assalammualaikum..”

Selamat menjalankan bertugas untuk para polis dan tenteta Malaysia. Terima kasih.

Sumber: TaliponBurok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *