Kes Penipuan Penjualan Rumah. Permohonan Reman Datuk Boy Iman Ditolak Mahkamah Majistret Kuantan.

Kes penipuan penjualan rumah murah masih belum selesai sehingga ke hari ini. Terbaru, permohonan reman polis ke atas beberapa orang suspek ditolak oleh Mahkamah Majistret Kuantan. Berikut merupakan berita penuh :

MAHKAMAH Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman, hari ini.Selain itu, mahkamah turut menolak perintah reman ke atas dua pengarah Juta Kelulut Global Resources. Majistret Nordiana Abd Aziz menolak permohonan reman itu yang dikemukakan polis berhubung kes penipuan penjualan rumah.

┬áIa adalah penolakan reman kedua selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menolak permohonan yang sama, 15 Oktober lalu. Peguam yang mewakili semua suspek, Faizul Mohd Nasir ketika ditemui berkata, mahkamah menolak permohonan reman itu selepas mengambil kira alasan yang dikemukannya. “Sebelum ini anak guam saya sudah direman di beberapa mahkamah dan keterangan serta fakta kes yang sama sudah diberikan, cuma yang berbeza hanyalah nama pengadu sahaja.
“Tempoh itu saya kira mencukupi bagi pihak polis untuk melengkapkan siasatan,” katanya. Faizul juga berharap kesemua anak guamnya benar-benar dibebaskan hari ini, berikutan keputusan mahkamah itu. Dua ratus sepuluh laporan polis dibuat mangsa seluruh negara terhadap suspek. Sebelum ini, ahli perniagaan berkenaan direman di Ampang, Shah Alam, Muar, Sungai Petani dan Kubang Pasu, dan Kangar.
Sumber : hmetro

One Reply to “Kes Penipuan Penjualan Rumah. Permohonan Reman Datuk Boy Iman Ditolak Mahkamah Majistret Kuantan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *