Kesan Hangus Pada Kuali Boleh dihilangkan Dengan Mudah. Baca 7 trik ‘simple’ ini Untuk Mengembalikan Seri Kuali Anda

Periuk yang hangus akan melemahkan semangat anda untuk memasak. Ini kerana penampilan periuk anda telah berubah dan akan meningkatkan penggunaan gas memasak dek kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk memasak. Tahukah anda cara mudah untuk menghilangkan kesan hangus tersebut? Anda cuma memerlukan beberapa benda yang mudah anda dapati didalam dapur rumah anda.

  1. Soda Bikarbonat – Masukkan soda bikarbonat dalam air dan rendamkan periuk dalam campuran tersebut. Biarkan selama beberapa jam. Kerak hangus akan mudah ditanggalkan.

  1. Cuka Makanan dan Serbuk Penaik– Campurkan satu cawan cuka dan air secukupnya dalam periuk atau kuali yang ada kesan hangus di dalamnya. Didihkan campuran tersebut.  Anda akan dapati kesan hangus tadi akan mulai tertanggal sedikit. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan serbuk penaik. Kalau tak ada serbuk penaik boleh gantikan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kesan hangus tertanggal. Tips ini sesuai untuk kesan hangus yang tidak tebal seperti kesan air menjadi kering didalam cerek.

  1. Garam dan Limau– Perahkan beberapa biji limau nipis dan campurkan dengan satu sudu garam. Rendamkan periuk atau kuali yang ada kesan hangus untuk beberapa jam. Selepas itu sental dan cuci seperti biasa.

  1. Gunakan Krim Tartar– Untuk kesan hangus yang tebal dalam periuk atau kuali anda boleh gunakan krim tartar. Anda perlu rendam krim dan air dalam periuk atau kuali yang hangus untuk semalaman. Esok anda boleh sental dan cuci seperti biasa.

  1. Garam– Isikan air ke dalam periuk yang hangus dan tambahkan sesudu dua garam. Didihkan campuran air garam itu dan kacau perlahan-lahan menggunakan senduk. Jika kesan hangus sudah mula tertanggal, anda perlu teruskan kacau. Jika tidak, anda hanya perlu tutupkan api dan tambah sedikit garam lagi. Kemudian biarkan ia terendam untuk beberapa jam.

  1. Tomato– Ambil beberapa buah biji tomato separuh masak. Lenyekkan ke dalam periuk atau kuali yang mempunyai kesan hangus itu. Biarkan semalaman. Esoknya anda hanya perlu sental dan cuci bersih periuk tersebut.

  1. Minuman berkarbonat atau bergas– Untuk kesan hangus akibat gula karamel, anda hanya perlu rendamkan periuk dengan minuman bergas untuk beberapa jam. Kemudian ambil sudu besi dan cuba cungkil kesan hangus tersebut.

 

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *