4 Kesan Tak Pakai Thermostat

Kegunaan thermostat?

Termostat dipasang pada enjin kereta dan mempunyai satu tugas khusus iaitu: mengawal aliran cecair penyejuk di dalam enjin. Semua enjin direka dengan untuk beroperasi pada lingkungan suhu tertentu dan termostat yang dipasang memastikan keadaan suhu adalah sentiasa dalam linkungan operasi enjin tersebut.

Jika enjin dalam keadaan sejuk, injap termostat akan ditutup untuk menghalang cecair penyejuk memasuki enjin lantas mempercepatkan proses pemanasan. Bila enjin sudah mulai panas, injap termostat akan dibuka untuk membenarkan cecair tersebut masuk dan menyejukkan enjin atau lebih tepatnya, memastikanya pada kadar suhu operasi.

Fungsi termostat sebenarnya amat penting untuk menjamin prestasi enjin. Enjin yang terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan menyebabkan anda membazirkan petrol, kehilangan kuasa dan mempercepatkan kehausan sesetengah komponen.

Ia mempunyai fungsi yang lebih sekadar injap masuk cecair penyejuk. Ia memastikan aliran pusingan cecair ke radiator (circulation) di kawal mengikut suhu. Suhu ini juga menghantar isyarat kepada ECU dan ECU pula menghantar isyarat campuran bahanbakar pada ruang enjin. Suhu juga mempengaruhi tahap iding (ketika sejuk) dan masa pembakaran (iginition timing). Banyak kan kerja dia?

Kesan buang Thermostat :

1.  Temperature kereta lambat naik.

Temperature kereta lambat naik pada waktu pagi kerana air lambat nak panas. Hal ini terjadi kerana ketiadaan fungsi thermostat untuk mengawal aliran air enjin-radiator.

2. Penggunaan petrol yang tinggi.

Ketiadaan thermostat menyebabkan ecu mendapat bacaan bahawa Temp enjin anda masih rendah. Apabila bacaaan rendah, ecu akan supply petrol yang lebih untuk membantu pemanasan enjin. Apabila enjin dah panas, barulah penggunaan petrol menjadi normal.

3. Piston ring cepat rosak.

Meneran enjin pada kelajuan yang tinggi dan pada masa yang sama suhu enjin belum mencapai tahap optimum dijangka memberi kesan buruk pada piston ring.

4. Vtec tak boleh buka.

Menurut seorang pengguna vtec tegar, dibawah suhu optimum menyebabkan vtec tak boleh buka, kalau buka pun macam segan silu.

Cara nak tahu kereta ada thermostat atau tiada?

Caranya mudah sahaja, ketika enjin masih sejuk, start ejin dan buka cap radiator. Perhatikan aliran air ketika anda menekan sedikit pendikit minyak, sekiranya air bergrak/berpusing maksudnya thermostat anda telah dibuka. Sekiranya air pegun maknanya ada thermostat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *