Ketahui Kebaikan dan Keburukan ‘Muffler’ Kereta Anda Melalui Bentuknya.

‘Bunyi macam ribut, lari macam siput’ merupakan istilah yang sering digunakan kepada kereta yang bunyi ekzosnya boleh bangunkan sekampung untuk solat subuh, tapi kelajuannya tidaklah selaju mana. Ekzos merupakan satu sistem yang membebaskan gas daripada pembakaran enjin kereta anda. Terdapat dua jenis muffler yang boleh kita lihat pada mana-mana kenderaan masakini iaitu s-flow dan straight flow. Apakah kebaikan dan keburukannya?

S – Flow

KEBAIKAN

  • Senyap
  • Point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian

KEBURUKAN

  • Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler
  • Menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin
  • Kurang kuasa di rpm tinggi

Straight muffler

Kebaikan

  • Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing
  • Point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track
  • Engine yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan

  • Bising berbanding S-Flow
  • Menaikkan fuel consumption
  • Kurang kuasa di rpm rendah

Tetapi keburukan Straight muffler dapat diatasi dengan menggunakan silencer.

Silencer boleh di lekatkan dan dicabutkan pada bila-bila masa kerana hanya diikat di hujung muffler dengan bolt dan nut.

Dengan penggunaan silencer, fuel consumption dapat dikurangkan sedikit dan bunyi bising dapat dikurangkan dengan banyak.Tambahan lagi kuasa di rpm rendah akan meningkat sedikit.

Yang baik untuk kereta anda?

Tentulah spesifikasi kilang!

Sumber : Sifu Azameel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *