Kisah Datuk Seri Vida Sebelum Bergelar Seorang Jutawan. Tak Sangka DSV Dulu Camni Orangnya..

Nama Datuk Seri Vida bukanlah asing di negara kita. Seringkali menaja program television, tagline yang cute, pose yang menjadi ikutan ramai dan baru baru ini lagu DSV “I AM ME” juga telah menjadi viral di laman sosial.

Namun begitu, sebenarnya DSV bukannya berasal daripada kalangan keluarga yang berada. DSV telah terpisah daripada ibu kandungnya dan membesar dalam kalangan keluarga yang susah juga.

Sebelum bergelar usahawan kosmetik yang berjaya, DSV merupakan seorang guru. Namun disebabkan minat pada bidang perniagaan, DSV meninggalkan zon selesa dan meneruskan minat dalam bidang perniagaan.

Sebelum berjaya seperti hari ini, DSV pernah beberapa kali melalui detik sukar dalam perniagaan.

DSV pernah mengalami kerugian sebanyak RM500,000 untuk mempromosikan produk kosmetiknya tetapi produknya lansung tidak mendapat sambutan.

Nasib DSV dalam rumah tangga juga tidak seindah yang disangkakan. DSV pernah berkhawin sebanyak 3 kali dan semuanya berakhir dengan penceraian.

Antara titik hitam dalam hidupnya ialah kehilangan 2 anak kesayangan dalam satu kejadian kebakaran. Namun semua itu tidak menghalangnya daripada mencapai kejayaan sekarang.

Kini, DSV sudah berjaya dan bergelar jutawan dan mempunyai deretan rumah mewah dan kereta idaman ramai serta aksesori bernilai puluhan ribu ringgit pastinya membuatkan ramai orang cemburukan kejayaannya. Namun begiru, tiada sesiapa yang tahu bagaimana DSV menempuhi liku-liku kehidupan sebelum bergelar usahawan berjawa.

 

Be the first to comment on "Kisah Datuk Seri Vida Sebelum Bergelar Seorang Jutawan. Tak Sangka DSV Dulu Camni Orangnya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*