Kucing Wanita Ini Bertukar Menjadi “Drakula” Selepas Diselamatkan..

Gambar yang anda lihat memang gigi seekor kucing yang diselamatkan Nicole Rienzie apabila dia hampir melanggar seekor kucing. Kucing yang diberi nama Monkey itu kini tinggal dengan Nicole di New York.

Nicole dan ibunya terus keluar daripada kereta dan mendapati seekor anak kucing yang kurus dan kekurangan zat serta badannya dipenuhi dengan kotoran dan kutu. Malah, mata anak kucing tersebut turut dijangkiti kuman menyebabkannya tidak dapat melihat.

Pada mulanya, Nicole ingin membawa anak kucng tersebut ke rumah pelindungan namun dia mengubah fikirannya seterus memelihara anak kucing tersebut.

Apabila anak kucing tersebut membesar(diberi nama Monkey), Nicole perasan nahawa gigi Monkey tumbuh membesar dengan panjang. Gigi taring Monkey semakin tumbuh membesar dan panjang, sehingga rupa kucing ini mulai menyerupai pontianak kecil yang comel.

Kerana risau akan Mokey, Nicole membawa Monkey untuk berjumpa dengan doktor haiwan dan doktor haiwan mengesahkan bahawa tiada masalah pada Monkey.  Taring kucing yang panjang dan tajam pada kucing jarang-jarang berlaku , tetapi dengan kes seperti ini , ia sememangnya berlaku.

Kelibat Monkey menjadi perhatian apabila orang lain melihat gigi Monkey. Ramai yang berpendapat bahawa gigi Monkey adalah palsu.

” Namun begitu, ramai juga yang kagum akan kelebihan yang ada pada gigi Monkey” kata Nicole.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *