Lambakan Krim Kilo di Pasaran. Ini Cara Nak ‘ Detect’ Merkuri Dalam Produk

Krim Kilo ataupun produk repack sering menjadi buruan founder-founder untuk menayang kononnya merupakan jenama mereka sendiri. Krim kilo ini kebiasaannya boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Dengan harga yang murah ini, sebenarnya anda terdedah dengan bahan-bahan yang tidak selamat yang terkandung di dalamnya. Berikut merupakan cara mudah untuk mengetahui jika sesuatu produk mengandungi merkuri ataupun tidak.

1) Melekit.
Anda akan dapati bahawa produk tersebut susah untuk diratakan jika disapu di kulit muka.
2) Separation (tidak menyatu dan kasar)
Krim yang dibiarkan akan menampakkan lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.
3) Kulit menjadi putih dengan segera.
Lihat kesannya pada muka anda. Produk ini pada kebiasaannya akan memberikan kesan yang sangat cepat kepada penggunanya. Kulit anda kanmenjadi puth dalam kadar yang sangat cepat namun nampak tidak natural.
4) Jerawat tak berani tumbuh
Boleh jadi kulit anda mula rosakIni kerna lapisan terluar kulit muka anda telah rosak. Kulit yang rosak itu pula telah hilang protein dan melanin yang sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.
5) Bau logam yang kuat.
Merkuri merupakan logam dalam berbentuk cecair. Jika bau logam kuat, mugkin produk tersebut mengandungi merkuri. Bau ini juga mungkin disembunyikan oleh bau pewangi yang dicampurkan dalam produk.
7) Berkilat (blink-blink).
Lihat pada produk tersebut,jika berkilat lain macam.Anda haru lebih berhati-hati. Jika anda telah sapukan dimuka, lihat pada muka anda ada tak kesan yang berkilat?
8) Jika tak pakai, muka menjadi merah dan berbintik-bintik.
Jika anda berhenti memakainya, muka anda akan mengalami perubahan yang drastik. Kulit wajah akan menjadi kehitaman , kusam dan lebih teruk daripada sebelumnya.
9) Sensitif dengan matahari.
Kulit menjadi sensitif dengan matahari. Terkena matahari muka akan menjadi merah, rasa pedih dan terbakar.
10) Untuk lebih kepastian,anda boleh menghantar produk anda kepada lab untuk membuat testing. Dari data yang dikeluarkan, anda akan mengetahui samada produk tersebut mengandungi merkuri atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *