Lambat Daftar Kelahiran Anak? Denda Naik Daripada RM50 ke Rm1000!

Pendaftaran kelahiran anak tidak lagi boleh dipandang ringan. Kegagalan mendaftarkan anak dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 berbanding Rm50 sebelum ini. Menurut penjelasan menteri, ini adalah untuk memberi mesej kepada ibubapa untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka secepat mungkin untuk mengelakkan masalah pendaftaran anak ke sekolah dan mykid. Berikuit merupakan berita penuh yang diambil daripada Berita Harian :

KLUANG: Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

“Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

“Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

“Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

“Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

Sumber : BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *