Langgar ‘Gangster’ Tanpa Gentar. Saksikan Ketangkasan Seni Pertahankan Diri Yusuf Azmi

Menyertai PPIM pada enam tahun yang lalu, Yusuf Azmi selaku pengarah UTK PPIM popular dengan isu pajakan kenderaan dan memperjuangkan nasib pemilik stesen minyak. Terbaru, beliau banyak membantu untuk menyelesaikan penipuan rumah murah. Namu, perjuangan Yusuf lebih awal daripada itu apabila giat membela nasib ceti haram dan kes penipuan telefon.

 

Beliau adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini. Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Pengenalan Tentang PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi. PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif di dalam kehidupan ummah.

 

Saksikan ketangkasan beliau dalam seni pertahankan diri.

Be the first to comment on "Langgar ‘Gangster’ Tanpa Gentar. Saksikan Ketangkasan Seni Pertahankan Diri Yusuf Azmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*