Ledakan Tong Gas Boleh Berlaku Di Rumah Kita. Ini Teknik ‘Memadamnya’ Dengan Hanya Ibu Jari.

Penggunaan dapur gas masih menjadi pilihan ibu-ibu dirumah walaupun pada zaman ini banyak dapur elektrik yang terdapat dalam pasaran. Hal ini kerana dapur gas lebih mudah diselenggara berbanding menggunakan elektrik. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui risiko-risiko penggunaan gas dan cara mengatasinya.

Mengapa gas LPG boleh meledak : 

  1. Terjadi kebocoran gas. Kebocoran gas boleh terjadi apabila pemasangan klip hos tidak ketat dibahagian regulator gas. Selain itu, hos gas boleh bocor disebabkan gigitan tikus.
  2. Pemasangan regulator ke tabung gas tidak ketat.  Anda boleh mengetahuinya sekiranya terdengar bunyi berdesis atau tercium bau gas sekitar regulator.
  3. Adanya percikan api dari mancis berdekatan gas.

Tindakan yang harus dilakukan adalah sebagai berikut :

  1. Pastikan dapur gas dalam keadaan sentiasa bersih. Bersihkan daripada kotoran bekas kuah atau masakan yang tumpah. Ini kerana kotoran akan menarik tikus untuk mendekatinya.
  2. Pastikan regulator dalam keadaan baik, hos dalam keadaan baik, dan pengetat hos dalam keadaan yang baik.
  3. Tambah baik kitaran udara di dapur. Jika perlu belilah exhaust fan.
  4. Sekiranya anda menukar gas, pastikan semua sambungan dalam keadaan ketat. Terlebih dahulu pastikan tiada bau menyengat dan tiada desis bunyi gas bocor.
  5. Sediakan alat pemadam api di dekat dapur

CATATAN : apabila timbul api di selang atau regulator atau malah di tabung Gas jangan panik dan lari, segera ambil air dan siram di tempat api atau tutup dengan karung yang sudah dibasahi,

Be the first to comment on "Ledakan Tong Gas Boleh Berlaku Di Rumah Kita. Ini Teknik ‘Memadamnya’ Dengan Hanya Ibu Jari."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*