Lonelygirl15: Gadis Youtube Popular Yang Tidak Wujud.

Adakah anda mengenali youtuber bernama Lonelygirl15?

Youtuber bernama Lonelygirl15 ini tersenarai sebagai orang popular tetapi tidak wujud. Nama Lonelygirl15 ini disenaraikan oleh Toptenz.

Lonelygirl14 memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang innocent dan menganggap dirinya sebagai “Dork” dalam siri Dorkiness Pervail. Lonelygirl15 membuka channel youtube tersebut kerana dia merasa bosan di kawan perumahan tempatr tinggalnya.

Pada awal episode youtube channel Lonelygirl15, gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Bree.

Disebabkan Bree merupakan seorang yang comel, periang dan cantik, popularitynya mencanak naik sehingga ada peminat sanggup menunggu episode baru di cyber café. Walaupun pada zaman tersebut tidak mempunyai laman sosial untuk mempromosikan youtube channelnya, Lonelygirl15 masih mempunyai peminat yang ramai.

Dalam Youtube channelnya, Bree senantisa bercerita mengenai perkembangan terbaru dirinya. Malah, setelah populiritinya menaik, ramai orang cuba mengajak Lonelygirl15 untuk keluar.

Disebabkan populiritinya, ramai followers Youtube channelnya mula menyiasat latar belakang Breed an mereka mendapati bahawa watak “Bree” dalam youtube tersebut cumalah lakonan. Namun begitu, ramai peminat Bree telah menyerang beberapa forum kerana mereka menganggap bahawa “Bree” memang real dan seorang gadis yang sangat innocent.

Selepas Youtube channel tersebut menjadi popular, kisah sebenar wanita yang bernama Bree dalam youtube tersebut sememangnya dilakonkan oleh Jessica Lee Rose dan berasal dari New Zealand.

Syarikat yang bertanggung jawab dalam menerbitkan siri video tersebut ialah Flinders. Dalam video tersebut menampakkan bahawa Bree Cuma berkeseorangan namun hakikatnya terdapat berpuluh krew produksi turut berada dalam bilik tersebut.

Krew produksi telah menyusun plot cerita untuk 3 bulan dalam masa hanya 2 minggu. Video youtube yang berbentuk naratif dan interaktif tersebut menyebabkan penonton percaya bahawa wanita dalam video tersebut adalah benar.

Jessica Lee Rose dipilih kerana perwatakannya dalam dunia sebenar memang innocent dan dia turut di ujibakat sebanyak kali untuk berlakon sebagai :Bree”. Pada awalnya, Jessica risau kerana dia beranggapan bahawa tawaran tersebut merupakan satu muslihat untuk membawanya ke dalam filem pornografi. Jessica baru berumur 19 tahun apabila ditawarkan untuk berlakon.

Selain daripada itu, disebabkan Jessica seorang yang tidak aktif dalam internet, ini akan menyebabkan lagi peminat siri Lonelygirl15 tidak dapat mencari siapakah diri sebenar “Bree”.

 

First Blog: — https://youtu.be/-goXKtd6cPo

.

Disebabkan video tersebut sangat popular, Youtube telah mengalakkan lagi agar video mengenai “Bree” diterbitkan lebih kerap. Malah Pihak Flinders turut memaklumkan mengenai plot cerita tersebut terhadap Youtube agar video tersebut tidak dipadamkan kerana berbentuk penipuan.

Bagi memastikan watak Bree adalah benar, segala maklumat mengenai keluarga, sekolah malah tempat tinggal dinyatakan dengan samar-samar.

Malah, mereka turut memgupah pegawai media untuk membalas setiap komen yang diberikan pada channel youtube tersebut.

Terdapat juga dibeberapa episode memaparkan bahawa Bree mempunyai banyak personality ataupun alter ego. Ini membuatkan ramai follower youtube channer tersebut memberikan nasihat di setiap video yang dimuat naik.

Video youtube mereka ini mendapat tontonan 100,000 tontonan kemudian meningkat kepada sejuta tontonan dalam masa 1 minggu.

Disebabkan populiritnya yang mencanak naik, ramai wartawan cuba untuk menyiasat identity Bree. Ini menyebabkan popularity Bree semakin menaik lagi.

Para follower yang beranggapan bahawa video tersebut adalah penipuan telah menyiasat bunyi, pencahayaan malah sehingga alamat IP turut disiasat. Namun begitu, krew produksi senantiasa akan membuat sesuatu untuk menyembunyikan video penipuan mereka.

Setelah disiasat sedalam-dalamnya, rahsia tersebut terbongkar kerana gambar Jessica dalam Myspace terlalu sama dengan Bree. Dalam video Bree, dia turut bersumpah bahawa Jessica adalah saudara jauhnya.

Ketika membeli bunga, Jessica turut diintai menyebabkannya sukar untuk keluar dari rumah.

Setelah video tersebut dideahkan sebagai penipuan, watak Bree telah dimatikan dengan kejam.

Sila lihat Video terakhir Bree:-

https://www.youtube.com/watch?v=_ianUGwrLxA

Video terbaru daripada Jessica:-

https://www.youtube.com/watch?v=EautPiPw4cA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *