Mahu Mengambil Gambar Isteri Yang Sarat Mengandung Di Tepi Pantai Tetapi Ada Sesuatu Yang Photobomb….

Dan Mozer, 30 ingin mengambil gambar isterinya, Angeline yang sedang sarat mengandung di pantai yang terletak di Jacksonville, Florida.

Bagi memperingati kedatangan permata hati mereka ini, mereka bercadang untuk mengadakan sesi fotografi berlatarkan peandangan pantai.

Sebaik sahaja Dan Mozer mengambil gambar, dia terlihat sesuatu yang sangat mengejutkan dalam gambar tersebut.

Ketika gambar itu diambil, seekor ikan lumba-lumba secara tiba-tiba melompat keluar dari air dan termasuk dalam foto mereka.

Menurut kenyataan Dan kepada Yahoo Parenting, “Seseorang mula menjerit kepada kami bahawa terdapat beberapa ekor ikan lumba-lumba dan kami boleh melihat tanduknya”.

“Secara tiba-tiba, ikan tersebut melompat dari air dan saya sangat terkejut melihatnya. Malangnya, isteri saya tidak sempat untuk melihat apa yang telah terjadi ”.

Disebabkan gambar tersebut unik, Dan dan Angeline menghantar gambar tersebut kepada berita tempatan iaitu News4JAX dan menerima banyak ‘like‘ serta komen yang positif.

Disebabkan itu juga, Dan dan Angeline telah menamakan bakal anak lelaki mereka sebagai Courtland walaupun ramai yang mencadangkan nama Dolh Finn

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *