Maklumat Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah BOCOR!! Polis Ambil Tindakan..

Berikutan kebocoran makhumat mengenai siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pihak polis sehingga kini telah menahan seramai 13 individu berhubung penyebaran penyebaran maklumat serta gambar tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Bagi menyiasat kejadian kebocoran maklumat tersebut, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas dalam masa terdekat ini.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihak PDRM mengangap kejadian kebocoran maklumat boleh menjejaskan siasatan. Beliau turut memandang serius mengenai kebocoran maklumat itu disebabkan masalah kebocoran selalu berlaku.

Tan Sri Mohamad Fuzi Haruntelah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) untuk menubuhkan pasukan khas hari ini atau esok bagi menyiasat penyebar maklumat berkenaan.

Menurutnya, tujuan pasukan khas ditubuhkan disebabkan kes kebocoran maklumat ini membabitkan pelbagai agensi. Siasatan dalaman turut dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap pegawai dan angota yang menyebarka maklumat siasatan kes. siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pihak PDRM turut akan mempercepatkan proses untuk melengkapkan kertas siasatan terhadap tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan untuk diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Disebabkan kebocoran maklumat siasatan,Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) terpaksa mempercepatkan sidang media berhubung penahanan tujuh suspek disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berikutan perincian maklumat mengenai perkara terbabit tersebar di media sosial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *