Malaysia Meraih Pingat Emas Pertama Dalam Acara Chinlone

Skuad Chinlone Malaysia baru sahaja menyumbangkan pingat emas negara yang pertama dalam Sukan SEA 2017 setelah menang ke atas Filipina dalam acara Chinlone Event 3 (Linking) yang baru sahaja berlansung tadi (16 Ogos 2017).

Gandingan pemain Muhd Faiz Roslan, Mohd Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, dan Izuan Afendi Azlan ternyata membuahkan hasil dengan kawalan bola yang kemas seterusnya membolehkan mereka mengumpul mata keseluruhan sebanyak 391.

Skuad Filipina pula yang dibarisi John Jeffery Morcillos, John Bobier, Rhemwil Catana, Ronsited Gabayeron, Joeart Jumawan, dan Alvin Pangan terpaksa berpuas hati dengan mendapat pingat perak selepas mengumpul sebanyak 271 mata.

Tahniah skuad Malaysia! Semoga misi memburu sasaran 111 emas menjadi realiti. Ayuh bangkit!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*