Malu dengan Gigi Kuning?Putihkannya dengan Baking Soda.

Gigi merupakan salahsatu organ penting dalam tubuh manusia sebagai pelumat makanan. Jika tidak dirawat dengan baik, gigi akan lebih cepat rosak dan banyak masalah timbul seperti gigi yang kuning, berkerak dan jika tidak segera dirawat akan menyebabkan gigi berlubang.

Gigi juga berfungsi sebagai penyeri muka. Gigi kuning pasti menyebabkan anda menjadi kurang yakin semasa berinteraksi dengan orang lain. Gigi kuning bukanlah bermakna anda jarang memberus gigi, namun gigi putih tetap menjadi impian setiap orang.

Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi cara mudah untuk memutihkan gigi dengan hanya menggunakan baking soda. Umum mengetahui bahawa baking soda sangat bermanfaat untuk kehidupan seharian kita.

Cara memutihkan gigi menggunakan baking soda :

  1. 1 biji buah strawberi yang telah masak dilembutkan.
  2. Campurkan buah strawberi itu dengan setengah sudu teh baking soda.
  3. Oleskan campuran strawberi & baking soda itu ke permukaan gigi.
  4. Biarkan selama lima minit.
  5. Setelah itu, gosok gigi dengan berus gigi.
  6. Kemudian berkumur hingga bersih.
  7. Lakukanlah selama seminggu sekali, jangan berlebihan.

 

Jika berlebihan akan ada kesan sampingannya, iaitu kerosakan di lapisan teratas gigi atau lapisan enamel gigi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *