Mark Adam Tidak Pernah Rasa Terkilan Sungguhpun 14 Tahun Tidak Dikurniakan Anak…

Semalam merupakan hari bahagia bagi Mark Adam kerana semalam merupakan sambutan hari ulang tahun Mark Adam yang ke-38. Ramai yang telah hadir di majlis yang di adakan, lebih dari 50 kenalan, peminat dan termasuklah juga keluarga serta keluarga Shuib yang turut hadir di majlis ulang tahun MArk Adam.

 

Selama 14 tahun Mark Adam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang tersayang iaitu Norazah Redzuan, namun selama itulah juga Mark Adam dan isteri tidak lagi dikurniakan anak. Walaubagaimanapun  menerusi Astro Awani  Mark Adam tidak pernah rasa tertekan dengan soal ini dan dia sanggup menerima anak angkat.

 

Tidak pernah rasa terkilan

 

 

Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah. Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini. Biarlah kami simpan kisah itu dan tak perlu diungkit-ungkit lagi. Namun, kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka.

 

Menurut Mark Adam, dia tidak pernah rasa terkilan walaupun ditanya mengenai soal anak. Sebelum ini juga Mark Adam dan isteri pernah mengambil anak angkat, namun ada masalah sedikit pada keluarga.

 

Tidak pernah diraihkan sebegini

 

 

Saya tidak pernah diraikan sebegini, memang terkejut dan terharu apabila tiba-tiba semua menjerit ‘surprise’ kepada saya. Patutlah sehari dua ini isteri saya kelihatan mencurigakan. Rupa-rupanya ada agenda yang dia sembunyikan daripada pengetahuan saya.

Tiada apa yang saya hajatkan sempena usia baharu saya 38 tahun ini melainkan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga saya terutama ibu dan isteri saya.

 

Semalam, kejutan hari jadi Mark Adam adalah hadiah yang istimewa daripada isterinya. Mark Adam sendiri tidak menyangka agenda ‘Suprise’ itu diadakan terhadapnya. MArk Adam mendoakan kesejateraan dirinya serta keluarganya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *