Masalah Proton Iriz dan Penyelesaian Proton

Proton Iriz, kereta kompak keluaran Proton ini memulakan debutnya pada tahun 2014. Pada awal keluarannya, ianya tidak terlalu dipandang tinggi kerana bersaing dengan Perodua Myvi. Namun, bermula dari tahun tersebut juga, Proton Iriz mula mencuri tumpuan apabila banyak memenangi perlumbaan di litar dan sering menjadi pilihan bagi yang mementingkan pengendalian. Masalah Proton Iriz dan Penyelesaian Proton .

Baca : Pencabar Iriz

Sebagai seorang yang memiliki Iriz, saya boleh katakan Iriz sangat senang dipandu dan sangat melekat dijalan apabila melalui selekoh yang tajam. Berikut merupakan beberpa keseronokan memandu Proton Iriz 1.3 M/T paling basic :

  1. ‘Handling’ yang superb.
  2. Body yang keras. Terima kasih atas teknologi HPF-nya
  3. Sound system yang mantap walaupun cuma ada 2 speaker.
  4. Bunyi ekzos yang kuat.
  5. Kemasan dashboard seperti kereta luar negara.
  6. Seat semi bucket. Rasa dipeluk bila lalu corner tajam.
  7. Seat belakang boleh lipat. Barang besar tiada masalah nak letak.
  8. Bila sampai kadar RPM tertentu, terasa sedikit G-Force
  9. Stabil bila laju
  10. Button dashboard yang senang dicapai.
  11. Safety- Perlu tekan klac sebelum start enjin.

Baca Juga : Video Touge Dengan Iriz

Masalah Proton Iriz dan Penyelesaian Proton

Masalah Proton Iriz dan Penyelesaian Proton :

  1. Bunga tayar kiri/depan lebih cepat haus. Mungkin sebab kotak gear yang berada di bahagian kiri. ( Kena rajin rotate tayar)
  2. Bunyi tikus di dashboard ( Kena tambah Span di SC)
  3. Bracket power window bahagian pemandu senang patah dan spare part kena tunggu . (Boleh claim di SC)
  4. Getah bumbung senang terbang . (Boleh claim SC)
  5. Pintu berat, agak susah nak masuk ke dalam kereta.
  6. Spare part kena tunggu. Dah macam beli kereta luar negara.

Selain itu, Proton juga telah mengeluarkan Proton Iriz Refinement untuk mengatasi semua masalah yang melanda Iriz 1st model.

Harga pasaran Proton Iriz :

Berbanding Perodua Myvi. pasaran kereta terpakai Proton Iriz lebih senang jatuh. Ini bermakna, Proton Iriz bukanlah kereta yang baik untuk dijual semula jika anda seorang yang suka untuk bertukar kereta dalam masa beberapa tahun.Tuntasnya, memiliki Iriz pasti membuatkan anda teruja untuk memandu seperti seorang juara. Datanglah merasai pemanduan Iriz di pusat edaran Proton terdekat anda sekarang juga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *