Memandu Ketika Hujan Tanpa ‘Aircond’ Punca Cermin Berkabus. Atasinya Dengan Menggunakan ‘Benda’ Ini.

Memandu ketika hujan lebih berisiko berbanding memandu ketika hari cerah. Ini kerana permukaan jalan menjadi licin dan jarak penglihatan akan menjadi sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika sistem penghawa dingin kereta anda tak berfungsi.

Jarak penglihatan yang terhad dan cermin hadapan yang berkabus akan menjadikan pemanduan anda sangat berbahaya. Anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan jika keadaan terlalu teruk. Namun ada situasi yang menyebabkan kita terpaksa meneruskan perjalanan walaupun keadaan sangat berbahaya. Oleh itu, penulis akan berkongsi cara yang mudah untuk mengelakkan cermin hadapan anda berkabus.

Bahan yang anda perlukan :

  1. Kain
  2. Syampu (jangan campur dengan air)
  3. Atau minyak rambut (bukan gel atau krim)

1. Sapukan minyak rambut atau syampu pada cermin dan gosok dengan rata.Tak perlu banyak, selapis sudah memadai.

2. Gunakan kertas surat kabar, tisu atau kain. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan bayang-bayang minyak rambut sahaja. Material yang paling berkesan adalah tisu. -kredit : sajakongsi

Selamat Mencuba!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *