Menyimpan di SSPN-i Plus? Ini 7 Manfaat YangTidak Diketahui Orang Ramai

SSPN-i Plus merupakan produk baru daripada PTPTN. Ramai yang menganggap simpanan SSPN hanya untuk pinjaman atau simpanan pendidikan PTPTN sahaja.  Anda mungkin terkejut dan tidak menyangka bahawa SSPN-i Plus juga menawarkan manfaat yang sangat baik seperti berikut:
#1 Manfaat kematian
 
Simpanan berserta manfaat atau pampasan kematian? Kini anda tidak perlu risau lagi berkenaan dengan pampasan untuk keluarga dan waris tersayang. Hanya memilih akaun simpanan yang betul, anda akan mendapat manfaat pampasan kematian yang sangat menguntungkan.

#2 Khairat kematian
Jika pampasan kematian diberikan kepada keluarga atau waris sebagai duit saguhati, khairat kematian pula adalah wang perbelanjaan untuk menguruskan pengebumiaan. Jumlah yang akan diterima sebagai khairat kematian adalah sejumlah RM2,500 dan bergantung kepada pakej yang anda ambil.
Walaupun pendeposit adalah seorang, khairat kematian ini terpakai juga kepada pasangan dan tiga (3) orang anak.
#3 Pelepasan cukai
 
Simpanan SSPN-i Plus mempunyai ciri-ciri tambahan yang menarik iaitu memberi anda pelepasan cukai sehingga RM6,000 dan tambahan lagi RM6,000 dari bahagian takaful nyawa. Ini bermakna anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun.
Jumlah ini cukup banyak untuk mengurangkan cukai pendapatan anda untuk tahun semasa.
 
#4 Kadar dividen yang kompetitif
 
Ketika ekonomi tidak berada dalam keadaan yang baik, banyak akaun pelaburan mengalami kemerosotan dari segi keuntungan. Namun, berbeza pula dengan kadar dividen yang diumumkan oleh PTPTN untuk produk SSPN-i Plus mereka bagi tahun 2016 iaitu 4% sama seperti tahun sebelumnya.
Kejayaan untuk mengekalkan kadar dividen walaupun dengan status ekonomi yang sangat mencabar adalah sesuatu yang wajar dipuji.
 
#5 Elaun masuk hospital
 
Jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh mendapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Elaun hospital ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anda terutama ketika menghadapi masalah kewangan.
Dengan simpanan yang rendah, anda sudah boleh menikmati elaun kemasukan ke hospital.
 
#6 Boleh buat potongan gaji
 
Anda takut terlupa untuk pindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun SSPN-i Plus? Anda tidak perlu risau lagi kerana anda juga boleh buat arahan pemotongan melalui gaji anda setiap bulan. Kemudahan yang ditawarkan ini dapat mengelakkan masalah sering terlupa untuk melakukan simpanan.
Selain potongan gaji, anda juga boleh buat simpanan tersebut melalui perbankan internet, auto debitdari bank dan juga bayaran secara manual di kaunter PTPTN yang berhampiran tempat anda.
 
#7 Serendah RM30 sebulan
Dengan hanya RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang anda akan terima:
  • Manfaat kematian akibat kemalangan – RM40,000
  • Manfaat kematian selain kemalangan – RM20,000
  • Manfaat 36 penyakit kritikal – RM10,000
  • Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  • Khairat kematian – RM2,500

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *