Minum Air Banyak Tapi Masih Haus? Mungkinkah Anda Mempunyai Masalah Kesihatan..

Seharian anda minum air dengan kuantiti yang banyak tetapi anda masih haus? Kesimbangan tahap garam dalam badan merupakan salah satu faktor anda merasa haus. Namun begitu, ada beberapa sebab lagi anda akan haus selepas minum air walaupun banyak dan ada juga yang berkaitan dengan kesihatan anda.

 

1. Mulut Kering

Mulut kering adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan air liur. Mulut kering juga dikenali sebagai xerostomia. Masalah mulut kering menyebabkan anda tidak selesa ketika mengunyah, berasa haus dan juga mulut berbau.

 

2. Haid

Apabila anda datang haid, anda akan minum air dengan lebih kerap. Jangan risau kerana perkara ini adalah normal ketika anda datang haid.

 

3. Diabetis

Buah pinggang akan menghasilkan air kencing lebih banyak untuk menghilangkan lebihan glukos jika kadar gula dalam badan anda tinggi. Ini akan menyebabkan anda akan senantiasa haus dan kerap ke tandas untuk membuang air kencing.

 

4. Tekanan Darah Rendah

Salah satu penyebab tekanan darah rendah adalah stress. Tekanan darah tinggi buatkan seseorang itu rasa pening, cemas, tekanan dan rasa haus yang amat sangat.

 

5. Anemia

Pendarahan kerana haid atau luka menyebabkan tubuh memerlukan banyak cecair dan buatkan anda rasa haus. Kekurangan tiroid adalah penyebabnya. Kira-kira 70% orang yang terdiri daripada wanita mengalami kekurangan tiroid yang menyebabkan rasa haus.

Be the first to comment on "Minum Air Banyak Tapi Masih Haus? Mungkinkah Anda Mempunyai Masalah Kesihatan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*