Mohon Maaf Dan Doakan Umrah Berjalan Dengan Lancar – Kontroversi Bakal Nikah, Fattzura Umum 23 Nov

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai pertunangan antara Fattah Amin dan juga Fazura. Gosip ini telah membuatkan peminat Fattzura tidak tahan dengan spekulasi yang hangat dan bertiup kencang di media sosial, mereka ingin mendengar sendiri penjelasan daripada kedua-dua artis.

 

Terbaru, Fattah Amin dan Fazura telah mengeluarkan satu kenyataan di media. Menurut kenyataan tersebut, mereka akan mengadakan satu sidang media khas selepas pulang daripada tanah suci Mekah pada 23 November 2017. Masa dan lokasi sidang media tersebut akan dikongsikan dalam waktu yang terdekat. Tindakan tersebut sedikit sebanyak melegakan para peminat dan juga dapat meredakan gosip-gosip yang hangat di media sosial,

 

Sidang media khas pada 23 November

 

 

 

Kenyataan Fatah Amin dan Fazura

 

 

Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

 

Berterima kasih atas doa yang diberikan

 

 

Fattah Amin dan Fazura berterimakasih kepada semua yang mendoakan mereka dan berharap ibadah umrah ini diberkati dan memperoleh umrah yang mabrur.

 

Hanya doa yang mampu diberikan, semoga pasangan ini baik-baik sahaja dan sama-sama kita nantikan perkhabaran pada 23 november ini.

 

Sumber : Astro Awani, Fattah Amin, Fazura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *