Motorsikal Pun Tidak Lagi Dibenarkan Guna Lorong Kecemasan – JPJ

Baru-baru ini telah viral video penguna motorsikal nyaris mengalami kemalangan disebabkan sebuah kereta mengunakan lorong kecemasan. Video tersebut telah menimbulkan kemarahan penguna jalan raya terutamanya penguna motorsikal kerana mereka sering mengunakan loromg kecemasan ketika menunggang.

Namun begitu, kenyataan lelaki tersebut nyata telah menghangatkan lagi kemarahan para penunggang motorsikal.

“Itu lorong kecemasan, bukan lorong motorsikal. Motor pun taka da hak nak marah kereta. Tak muncul lagi signboard dilarang melalui lorong kecemasan” ulas lelaki tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, lorong kecemasan hanya untuk tujuan kecemasan dan hanya pihak berkuasa sahaja dibenarkan mengunakan lorong tersebut.

“Mana-mana kenderaan termasuk motorsikal tidak dibenarkan mengunakan lorong kecemasan. Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. ” katanya.

Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menambah, Akta JPJ 1987 boleh diguna pakai untk mendakwa mana-mana penguna jalan raya yang disapati menyalahgunakan laluan kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *