Nak Cek Kesahihan Cerita Di Sebalik Sekeping Gambar? Jom Ikuti Langkah Mudah Ini

Kejadian yang tidak lama sebelum ini, tahun 2017 juga, tular beberapa kepingan gambar yang menunjukkan keadaan rumah sewa pelajar perempuan IPT yang sangat kotor serta bersepah tahap bencana alam dan tongkang pecah.

Akibatnya, berita/ kisah tersebut mendapat share, komen dan perhatian yang sangat banyak.

Namun begitu, adakah kisah yang dipaparkan itu sahih seperti yang dipaparkan pada gambar? Atau sekadar rekaan segelintir golongan yang menagih perhatian para warga media sosial?

Untuk topik kali ini, saya akan tunjukkan langkah yang mudah bagi mengetahui sama ada sumber asal gambar tersebut sahih ke atau sebaliknya beserta dengan kisahnya. Langkah ini juga boleh digunakan untuk mengesan kisah sebenar gambar2 lain yang pernah tular sebelum ini.

==================================================================================

Sumber: FB Nazeer Zainal Arifin

1. Save gambar viral tersebut.

2. Buka Chrome dan masukkan url “images.google.com

 

3. Tekan button menu/option pada phone, dan tick pada “Request desktop site”

4. Akan muncul icon kamera pada ruangan carian. Tekan pada icon kamera tersebut

5. Tekan upload an image, seterusnya choose file

6. Pilih gallery (tempat gambar yang di save tadi disimpan)

 

7. Pilih gambar yang telah di save

 

8. Tunggu dan lihat keputusan seterusnya…

9. TADAAAAA!!!Dan muncullah link-link yang berkaitan dengan gambar tersebut.

 

Haa, pasni kalau ada berita-berita panas macam ni, jangan terus percaya. Pastikan kesahihan cerita tu dulu dengan ikuti langkah mudah ini. Semoga bermanfaat!

3 Replies to “Nak Cek Kesahihan Cerita Di Sebalik Sekeping Gambar? Jom Ikuti Langkah Mudah Ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *