Nak Kembalikan Bahagian Kereta Yang Dah Kemik? Jom Cuba Trick Ajaib Ini!

Dalam kehidupan seharian, kita pasti akan menggunakan kenderaan untuk ke mana-mana sahaja. Ianya memudahkan anda untuk ke satu tempat ke tempat yang lain berbanding menggunakan pengangkutan awam. Segala hala tuju anda yang tentukan sendiri.

Akan tetapi, malang sememangnya tidak berbau. Walaupun kita memandu dengan berhati-hati, tidak semestinya orang lain akan mengamalkan konsep yang sama seterusnya akan mengakibatkan perlanggaran.

Kalau setakat calar sahaja tidak mengapa, tapi kalau yang sampai tahap remuk bahagian tu, alahai pening pula nak hantar ke bengkel. Dah la harga nak ketuk mahal, cat lagilah.

Namun, anda tidak perlu risau lagi. Ada cara yang lebih jimat untuk anda kembalikan bahagian kereta yang kemik ke bentuk yang asal.

Adam’s Life Hacks Youtube channel telah menunjukkan eksperimen tersebut dengan hanya menggunakan air panas SAHAJA! Admin pun rasa kagum bagaimana dia dapat ilham tersebut. Jom layan video di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *