” Need Uber? Call Me”. SPAD Tegur Status Aeril Zafril

Uber. Nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sejak dilancarkan beberapa tahun lalu, pelbagai sambutan sama ada secara positif atau negatif. Ketika undang-undang masih dalam proses perbincangan, seorang pelakon terkenal  Aeril Zafrel telah memuat naik satu foto di laman Twitter nya dengan status ”Need Uber? Call Me” (perlukan uber, sila hubungi saya) menyebabkan dia telah ditegur oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pihak SPAD telah membalas status Aeril dengan menulis “Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Jawapan balas SPAD itu diterima oleh Aeril selepas ada seorang pengguna Twitter  telah retweet kembali status tersebut dengan memetik akaun  @aduanSPAD.

Aeril menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik ke akaun Twitter nya itu hanya untuk gurauan semata-mata ketika di dalam kereta selepas pulang bercuti.

Namun demikian, beliau tidak menyangka ada pengikutnya di laman Twitter yang mengambil serius terhadap foto tersebut.

“Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan keluarga bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

“Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada,” katanya kepada mStar Online.

Status yang dimuat naiknya itu mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata peminat meninggalkan komen yang berbentuk gurauan kepada pelakon itu.

“Ini kalau buat uber, perempuan nak pusing 1 Malaysia agaknya,” kata pemilik akaun bernama @SyafiqElfDrew.

Manakala, “nombor mana abang, nak telefon!,” tulis akaun @naxny.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *