Nenek Penyapu Jalanan Dihina Oleh Wanita Berpangkat Pengarah. Lihat Apa Yang Terjadi Selepas Nenek Ini Membuka Jaketnya

Dalam dunia ni pelbagai jenis pekerjaan yang ada, bagi yang hidup mewah selalunya mendapat kerja yang senang dan manakala yang susah selalunya akan melakukan kerja-kerja yang susah memalukan dan kerja yang berat. Namun semua kerja untuk orang susah itu sudah menjadi satu kebiasaan dan satu kewajipan bagi menampung kehidupan sebuah keluarga.

 

Dalam dunia pekerjaan kita tidak akan menduga banyak orang yang boleh melakukan apa saja yang  mereka ingin lakukan. Kebanyakkan manusia sekarang akan  memandang penampilan seseorang dalam setiap perkerjaan yang dilakukan.

 

Cerita Nenek Penyapu Jalanan Dihina Oleh Wanita Berpangkat Pengarah

 

Seorang wanita dalam lingkungan 40 tahun, baru saja menjadi seorang pengarah di sebuah syarikat. Wanita ini membawa anak lelakinya datang ke pejabat untuk makan disana.

 

Selesai saja makan, anak lelakinya ini membuang plastik bekas makanan ke atas lantai, dan datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan terus menyapu sampah yang telah dibuang tadi.

 

Wanita yang baru menjadi pengarah ini, melihat nenek ini menyapu dengan baju yang biasa, wajahnya yang sudah berkedut. Nenek ini seharusnya bersara bukan masih berkerja dalam usia yang sudah tua.

 

Wanita ini melihat nenek menyapu sampah itu dengan pandangan yang tidak baik dan wanita ini juga berkata kepada anak lelakinya ” Nak, bila dah besar nanti rajin belajar ye, jangan jadi seperti orang tua menyapu sampah tu, dah tua pun tapi masih lagi menyapu sampah!”

 

Baca: Beza Nafsu Lelaki dan Wanita

 

Nenek ini melihat kesombongan wanita itu, dan nenek ini pun bertanya, ” Mohon maaf , boleh tahu kamu siapa ya di syarikat ini.

 

Dengan angkunya wanita ini menjawab, ” Aku pengarah baru di sini…Kenapa?

 

Nenek ini hanya anggukkan kepala dan tidak bercakap apa.

 

Dari jauh datang seorang lelaki dengan sut rapi,menghampiri nenek ini.

 

“Puan CEO, sebentar lagi mesyuarat akan bermula, sila masuk ke bilik puan dulu un tuk buat persiapan.”

 

Nenek ini pun membuka jaket lusuhnya, dan kelihatan baju dan jas rapi di sebalik jaket yang lusuh tadi, ternyata dia adalah pengasas syarikat ini, tanpa mengubah ungkapan, dia berkata kepada lelaki itu, ” Encik Haikal, tolong cabut  jawatan wanita sombong ini nanti, kita tidak perlukan orang sombong seperti dia di syarikat kita, nanti penuh pula dengan sifat negatif kat sini.”

 

Sekadar gambar hiasan

 

Lelaki itu pun mencatat nombor perkerja wanita ini dan hari itu dia dipecat.

 

Wanita ini tidak boleh menjawab apa-apa dan terus terpaku, nenek CEO ini berkata kepada anak wanita itu, ” Aku memecat ibumu, berharap kamu dapat mengerti, menjadi orang besar bukan ditentukan dengan kepintaran orang itu, tetapi bagaimana kita, orang besar mampu menghargai orang-orang yang rendah di bawah kita dan seharusnya kita membantu mereka.

 

Setiap kesombongan yang dilakukan oleh setiap orang akan dibalas di atas sikap yang dilakukan cuma kita tak tahu bila masanya. Hidup ini seperti roda, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Jangan Hanya memandang seseorang itu hanya dari luaran saja, tetapi hargailah setiap orang itu walau apa saja perkerjaannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *