Norman Hakim Ditegur Netizen Selepas Memuat Naik Gambar Ini. Lihat Apa Yang Ditegur Oleh Netizen…

Selain daripada perhatian penonton pada kondert AF Megastar di Astro, ada yang memilih menyaksikan pentas akhir Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral semalam. Da’i Hakim diumumkan sebagai juara dam kemenangan ini membolehkan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman, 22, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi dan pakej Umrah untuk dua orang.

 

Juri Awam

 

Untuk pengetahuan semua, kemenangan Da’i Hakim diadili dengan markah 10% dari juru juri awam yang terdiri daripada Norman Hakim, Amar Asyraf, Dato Hj Mohd Zakaria ( Penasihat Pernibatan Jabatan Solusi), Ustaz Haji Ehsan Bin Hosni ( Imam Besar Majid Tuanku Mizan, Putrajaya), Ustaz Mohd Naim Bin Aziz, Datin Maziah, Memey Suhaiza, Erra Fazira, Liza Kool FM dan Fara Fauzana.

 

Norman Hakim Bersama 3 Artis Popular

 

 

Apa yang menarik perhatian Hangat.com adalah, Norman Hakim telah memuatnaik sekeping foto dia bersama 3 orang jelitawan termasuk isterinya. Memey Suhaiza, Erra Fazira dan Fara Fauzana nampaknya bersama-sama dengan Norman bagi memberikan markah pada kesemua peserta Da’i Pendakwah Nusantara.

Dalam kapsyen yang ditulis menarik perhatian netizen kerana Norman bergurau 3 wanita ini adalah madu-madunya.

 

Ditegur Kerana Gurauan

 

 

Rata-rata netizen menegur Norman dengan mengatakan gurauan ini mungkin menjadi doa dan tak boleh dipermainkan. Ada yang tidak pasti sama ada kapsyen perlu di’amin’ atau tidak. Tak kurang juga yang menyokong dengan memberi jaminan bawah isterinya Memey pasti akan mengizinkannya berkahwin lagi.

Ada-ada saja netizen ni nak buat spekulasi bukan-bukan. Apa-apa pun dalam dunia hiburan, rakan-rakan artis ini ibarat ahli keluarga dan mereka tak pernah ambil pusing dengan gurauan seperti ini boleh jadi kecaman.

 

 

Sumber : Utusan

Be the first to comment on "Norman Hakim Ditegur Netizen Selepas Memuat Naik Gambar Ini. Lihat Apa Yang Ditegur Oleh Netizen…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*