Pasangan Gay Menikah, Hantaran Cecah RM37,000…

Setiap insan pasti inginkan pasangan hidup tak kiralah perempuan atau lelaki, sebab sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang yang inginkan kehidupan berpasangan. Sebagai mana yang kita tahu , normal bagi kita bila lelaki menikahi perempuan yang halal bagi dia untuk nikahi.

 

Namun bagaimana pula dengan perkahwinan sesama jenis seperti lelaki dengan lelaki (Gay) dan perempuan dengan perempuan (Lesbian).  Ini telah melanggar undang-undang dan yang paling berat adalah telah melanggar hukum Tuhan.

 

Baru-baru ini viral sepasang kekasih gay telah melangsungkan perkahwinan di Thailand. Menurut laporan portal DailmyNews Thailand, kedua-dua kekasih ini telah berkenalan sejak 4 tahun yang lepas.

 

Pada asalnya, Kedua-dua pihak keluarga menentang dengan kelakuan pasangan gay yang ingin berkahwin kerna tidak pernah ada lagi dalam keluarga mereka melakukan perkara yang terkutuk iaitu bernikah dengan sesama jenis. Oleh kerana terlalu mendesak untuk berkahwin, maka kedua -dua belah pihak keluarga bersetuju untuk anak mereka berkahwin.

Jom baca : Telekom Malaysia Tawarkan Wifi@Unifi Percuma

Kemungkinan besar keluarga takut akan terjadi perkara yang tidak diingini bila mana tidak diturutkan permintaan mereka (Gay). Pasangan ini juga dikatakanhttp://malaysiasentral.com/telekom-malaysia-tawarkan-wifiunifi-percuma/ saling mencintai antara satu sama lain dan cinta mereka seakan tiada lagi penghalang untuk mereka bersama.

 

Sebelah kekasih yang mana dia menganggap dirinya sebagai suami telah menghantar wang hantaran yang berjumlah 300,000 Bath iaitu lebih kurang RM37,000 duit malaysia. Selain itu, pengantin lelaki juga memberikan emas dan kereta mewah untuk kekasih hidupnya sempena perkahwinan mereka.

 

 

Menurut pengantin lelaki, dia telah lama menyimpan rasa cinta terhadap kekasihnya. Menurut beliau juga, dia takut untuk memberitahu kepada keluarga kerana takut-takut tidak direstui. Namun dia terkejut apabila hubungan mereka direstui oleh keluarga walaupun rasa terpaksa yang penting perjalan hidupnya bahagia disamping orang yang tersayang.

 

Kes pasangan Gay ini bukanlah pertama kali belaku di dunia ini. Rata-rata netizen mengecam keputusan mereka berkahwin kerana dilihat sangat tidak normal. Kes ini juga telah berlaku di Zaman Nabi Luth, dan tak hairan jika berlaku di zaman ini yang mana dunia semakin moden.

One Reply to “Pasangan Gay Menikah, Hantaran Cecah RM37,000…”

  1. Dah lah mereka gay jadi kahwin cara gay juga lah. Apa gunanya kalau dipaksa berkahwin dengan perempuan lepas tu segala nafsu terhadap isteri semuanya takda, gara-gara cuma nak kelihatan ‘normal’?. Takda apa yang dah tak normal sekarang. Bangsa Melayu contohnya. Asyik kutuk kaum gay tapi perasan tak korang semua, bangsa kita ni paling ramai Mak Nyah dan juga gay. Iyer….Mak Nyak aka PONDAN. Namun kelihatannya kaum mak nyah ni dah macam suatu yang normal di dalam masyarakat kita. Jadi apa salahnya kalau kita menerima hakikat yang bahawa di sekeliling kita memang ramai kaum gay dan lesbian. Lagipun kaum gay dan lesbian ni bukannya sesuatu yang baru. Cuma lewat-lewat ni sahaja ada yang lebih berani menonjolkan diri mereka yang sebenarnya. Saya sebenarnya amat kagum dengan keberanian mereka.

    Adik saya sendiri juga gay namun kami sekeluarga tak pernah memandang serong terhadap cara hidup dia. Saya amat berbangga dengan dia sebenarnya sewaktu dia dengan jujur dan ikhlas memberitahu diri saya tentang diri dia yang sebenarnya. Sampai ternangis kerana ketakutan. Namun saya sebagai abang nya, telah menerima diri dia yang seadanya. Kerana ini adalah dirinya yang sebenarnya dan kita sebagai ahli keluarga yang saling sayang menyayangi jangan lah sesekali mengutuk mereka. Bukan kehendak mereka untuk berperasaan begini. Jangan lupa kaum gay dan lesbian juga ciptaan Allah. Jangan lah kita berfikiran sempit dan menghina mereka. Lagipun, kalau takda kaum gay ni, maka tak wujudnya juga dunia fesyen dan bidang kreatif. Buka mata dan lihatlah sekeliling kita dengan minda yang terbuka. Kita akan mendapati yang bahawa sebenarnya kaum homoseksual ni takda bezanya dengan kaum adam dan hawa kita ni juga. Renungkan lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *