Pemain Terbaik Cuma Dapat RM640, Pasukan Hoki Malaysia Buktikan Erti Sebenar “Demi Lencana di Dada”

Malaysia mula melakar nama dalam persada hoki antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya apabila Malaysia berjaya memberikan saingan sengit kepada pasukan gergasi duania seperti Argentina. Pada 13 Oktober yang lepas, Malaysia telah mengalahkan China 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Asia 2017. Menariknya adalah peristiwa selepas kemenangan. Beriat penuh ada dalam artikel dibawah ini :

Langkah kanan untuk skuad hoki negara apabila membelasah China 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Asia 2017 di Stadium Hoki Maulana Bhasani, Dhaka, Bangladesh.

Semua sistem berfungsi dengan baik terutama jentera serangan yang meledak lima gol.

Aksi penyerang, Faizal Saari dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, menarik tumpuan dengan larian pantas serta percubaan kencang.

Tidak hairanlah, Faizal berjaya mencipta hatrik sementara Tengku menyumbang 2 gol.

Apa yang menarik, situasi selepas tamat perlawanan.

Faizal diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan dengan hadiah wang tunai 12,500 Taka atau RM640.

Realitinya, ini kemenangan terbesar Malaysia ke atas China dalam sejarah Piala Asia sekaligus langkah yang penting untuk mara ke separuh akhir.

“Murahnya hadiah pemain terbaik,” kata rakan sekerja.

Saya hanya tersenyum mengimbau semula tawaran hadiah RM30,000 oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap pemain Harimau Malaya sebelum menentang Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia, Selasa lalu.

Ia terlalu lumayan walaupun untuk satu perlawanan peringkat kelayakan Piala Asia.

“Inilah harga hoki. Anda mahu mewah, pergi bermain bola sepak. Jika mahu kebanggaan, bermain hingga ke Piala Dunia, Sukan Olimpik atau Piala Asia, pergi bermain hoki.

“Selepas bersara, anda tersenyum puas mengenangkan pencapaian dalam karier dan sumbangan untuk Malaysia,” kata bekas kapten negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Selepas Faizal, giliran Tengku pula dinobatkan Penjaring Gol Terbaik dengan hadiah 10,000 Taka (RM500).

Selepas ini skuad kendalian Stephen van Huizen akan berdepan Korea Selatan (esok) diikuti Oman (Selasa) untuk melengkapkan peringkat kumpulan.

Ini baru langkah pertama untuk menjulang Piala Asia buat kali pertama dalam sejarah hoki Malaysia!

Sumber : stadiumastro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *