Pemain Utama Chelsea Kemalangan Dengan Lori Sebelum Perlawanan Piala Carabao Menentang Arsenal

Pemain tengah pasukan Cheslea, Ngolo Kante, 26 tahun telah terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dia sedang dalam perjalanan untuk bermain dalam Piala Carabao menentang Arsenal.

Kante dilihat sedang bertukar butiran dengan pemandu lori tersebut dan seorang peminat melaporkan kepada berita The Sun bahawa kereta Kante pecah cermin di bahagian sisi dan bagadia depan hadapan keretanya kemek.

Kereta yang dipakai Kante ialah sebuah Mini Cooper terpakai yang dibelinya dengan harga £20,000. Kante telah membeli kereta tersebut di Leicester dan kereta tersebut masih dalam keadan baik sebelum kemalangan tersebut terjadi.

Sebelum berpindah, Kante pernah membantu Leicester memenangi gelaran Liga Perdana Ingeris pada musim 2015/2016 dan turut membantu Chelsea memenanginya pada musim 2016/2017.

Disebabkan kemalangan tersebut, Kante telah terlepas bas bas yang membawa pasukan Chelsea ke Stamford Bridge dari sebuah hotel berdekatan dan dia terpaksa memandu sendiri ke stadium. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 0-0.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *