Pemilik Air Asia, Tony Fernandes Berkahwin Dengan Wanita Korea

CEO AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya Chloe yangberusia sekitar 20-an berasal dari Korea.

Perkhawinan tersebut dilansungkan di Cote d’Azur, Perancis, tapi tidak dapat dipastikan bila perkahwinan tersebut berlangsung.

Gambar perkahwinan Fernandes bersama Chole telah tersebar di internet apabila ia dikongsi menerusi media sosial serta di aplikasi WhatsApp.

Menerusi gambar-gambar yang tersebar, Fernandes kelihatan tersenyum bahagia di samping wanita berkenaan yang bertubuh tinggi lampai di sisinya. Difahamkan,Tony memutuskan untuk berkhawin selepas dua tahun bercinta dengan Chloe.

Antara yang dilaporkan hadir pada majlis penuh bermakna itu termasuklah keluarga dan teman rapat serta Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Sumber: Mstar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *