Penemuan Rancangan Hitler Dalam Perang Dunia Kedua. Adakah Nazi Akan Menang Jika Rancangan Ini Berjaya?

Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler. Seorang pemimpin Nazi yang sangat kejam dan dalam perang dunia kedua, Hitler telah membuat satu perancangan untuk mengembangkan teknologi bom atom namun sempat dihalang.

Satu penemuan telah dijumpai menunjukkan bahawa hitler sebenarnya sangat hampir tercapai dalam teknologi bom atomnya.

Bernd Thalman, 64 tahun seorang pencari harta karun telah menjumpai logam besi bukan magnetik yang pelik dengan pengesan logam di satu kawasan.

Tidak seperti kebiasaannya, Bernd selalunya akan membawa pulang penemuan yang dia anggap pelik namun disebabkan timbul syak wasangkanya, dia telah melaporkan penemuannya itu kepada pihak berkuasa.

Sebenarnya apa yang ditemui Bernd merupakan satu kepingan logam bahan radioaktif. Kawasan yang dimaksudkan itu ialah di Oranienburg.

Tempat tersebut dikatakan merupakan kawasan ujian nuclear pada era Nazi namun telah dimusnahkan oleh sekutunya dengan mengugurkan 10,000 bom atom.

Ketika perang dunia ke dua, sekutunya telah menghidu rancangan Hitler dan telah menghantar 9 orang pengintip pada tahun 1942 untuk memusnahkan loji air di Norway di bawah seliaan Nazi dengan memamnjat tebing.

Pada tahun 2005, seorang ahli sejarah, Rainer Karlsch mendakwa bahawa Nazi telah melakukan ujikaji sebanyak 3 kali pada tahun 1944.

Persoalannya, sejauh manakah Nazi Berjaya mengembangkan teknologi nuclear ketika itu? Adakah keputusan perang dunia akan berubah jika Nazi berjaya dalam mengembangkan teknologi bom atomnya.?

Nasib berlainan pula dengan Bernd yang kini disiasat kerana memiliki bahan radioaktif yang tidak dibenarkan. Dia disiasat kerana membawa kepingan logam tersebut sehingga pasukan HAZMAT dan kawasan sekitarnya ditutup sebelum menghantar logam yang dibawa Bernd untuk ujian di dalam begnya.

Bernd enggan memberitahu lokasi sebenar penemuannya menjumpai kepingan logam tersebut kerana berhasrat untuk membuat ekspedisi di masa akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *