Pengurus Kelab Bola Crystal Palace Mencatat Rekod Di Liga Inggeris

Pengurus kelab bola Crystal Palace, Frank De Boer mencatat rekod sebagai pengurus yang paling cepat dipecat, selepas hanya mengendalikan pasukan tu sebanyak empat perlawanan.

Untuk empat perlawanan tersebut, Crystal Palace (CP) kalah secara keseluruhan tanpa menjaringkan satu gol pun. Perlawanan pertama berjumpa dengan kelab yang baru naik divisyen, Huddersfield, CP kalah 3-0 di laman sendiri, perlawanan kedua menentang Liverpool kalah 1-0, kalah 2-0 menentang Swansea di laman sendiri, dan kalah menentang Burnley 1-0 di laman lawan sebelum beliau dipecat serta merta. Sehingga perlawanan minggu keempat, CP menduduki kedudukan terakhir, tangga ke-20 (rujuk gambar dibawah).

 

Ini menunjukkan betapa sengitnya saingan di Liga Premier (Premier League), sehingga mana-mana pengurus yang tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan (board of club), ataupun masalah dalaman kelab, pasti akan dipecat serta-merta tanpa menunggu kontrak mereka tamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *