Penukaran Nombor Plate Kenderaan Lama Kepada Baharu Bukanlah Mudah. Ini Adalah Antara Prosedur Yang Perlu Anda Lalui.

Plate no mempunyai nilai istimewa bagi sesetengah individu. Tidak hairanlah ada yang sanggup membeli plate no dengan harga yang tidak masuk akal. Sekiranya anda mempunyai kenderaan lama dan inginkan plate no yang baru, berikut merupakan beberapa langkah menukarnya.

1. Pastikan anda mempunyai geran yang original.

Kereta yang masih dalam pinjaman bank juga boleh melakukan penukaran no. tetapi anda hendaklah mengambil geran yang original terlebih dahulu daripada pihak bank.

2. Buat Pemeriksaan PUSPAKOM -B2.

Sila pastikan anda membawa geran original. Untuk pemeriksaaan Puspakom anda haruslah membuat temujanji terlebih dahulu. Kadar bayaran dalam RM25 dan masa menunggu lebih kurang 30 minit. Pemeriksaan ini sah untuk tempoh 30 hari sahaja.

3. Membeli Kenderaan Baru

Syarat untuk penukaran no adalah anda kena membeli kenderaan baru. Namun jika anda tidak berminat untuk membeli kenderaan baru, terdapat cara lain untuk mengatasinya. Anda cuma perlu ke kedai motorsikal untuk sewa dokumen kenderaan tanpa perlu membeli kenderaan yang baru. Kebiasaanya, caj untuk sewa dokumen adalah RM1000. Dengan sistem e-daftar JPJ, dokumen akan disiapkan dalam tempoh 24 jam sahaja. No pendaftaran kereta anda akan dipindahkan ke dokumen kenderaan baru (yang disewa) dan no plate BARU akan dimasukkan dalam geran kenderaan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menguruskannya di JPJ, anda boleh menggunakan khidmat runner. Upah runner dalam RM150.

4. Mengisi Borang JPJ K1A

Borang JPJ K1A perlu diisi semasa berada di JPJ. Borang ini perlu diisi sebanyak 2 salinan. Selesai isi, bawa borang anda ke kaunter untuk diproses. Sila sediakan wang secukupnya. Selesai urusan, anda akan mendapat 2 geran baru iaitu :

  1. Geran baru kereta anda dengan nombor pendaftaran baru.
  2. Geran kenderaan (sewa) dengan plate lama anda.

5. Buat Plate Baru

Selesai urusan diatas, anda bolehlah ke kedai aksesori berdekatan untuk membuat no plat baru.

 

Kos yang diperlukan untuk penukaran no plat yang baru adalah RM1000.

Be the first to comment on "Penukaran Nombor Plate Kenderaan Lama Kepada Baharu Bukanlah Mudah. Ini Adalah Antara Prosedur Yang Perlu Anda Lalui."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*