Perbuatan Suami Isteri Yang Ekstrim – Mereka Telah Melakukan Kegiatan Ini Selama 18 Tahun!

Setiap pasangan suami dan isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan si suami, si isteri akan menjadi penambah ‘perisa’ buat kekurangan tersebut, begitu juga sebaliknya. Mana-mana benda baik mahu pun buruk akan dikongsi bersama-sama, dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing demi perhubungan yang kekal dan utuh.

Namun, lain pula kes yang berlaku di Rusia ni. Pasangan ini menetap di wilayah Krasnodarsky, selatan Russia, telah ditahan oleh pihak polis. Nak tahu kenapa?

Pasangan tersebut, iaitu Dmitry Bakshaev, 35, dan isteri, Natalia, 42, seorang jururawat ditahan selepas mengaku membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 30 orang sejak 18 tahun lalu, iaitu tahun 1999.

Menurut sumber, polis telah menemui sekurang-kurangnya lapan anggota tubuh manusia dan sedang memeriksa rumah mereka bagi mencari bukti lain, termasuk anggota tubuh manusia.

Pasangan itu ditahan selepas polis menemui gambar seorang lelaki bersama anggota tubuh manusia dalam telefon yang ditemui. Pekerja pembersihan menjumpai telefon bimbit berkenaan pada hari yang sama dan menyerahkannya kepada polis.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Russia yang mengendalikan jenayah berat Russia, Dimitry dan isterinya menyimpan anggota tubuh manusia dalam peti sejuk dan peti sejuk beku serta di ruang bawah tanah. Antara anggota tubuh manusia yang ditemui di ruang bawah tanah pasangan itu ialah milik seorang wanita yang mayatnya ditemui di tepi jalan di Krasnodar pada 12 September lalu.

Media tempatan menyiarkan gambar Dimitry bersama seorang wanita berusia 35 tahun yang tidak dinyatakan nama serta hubungan dengan Dmitry namun menurut sumber siasatan, wanita itu dipercayai mangsa terbaru.

Antara gambar yang ditemui di rumah pasangan itu ialah kepala manusia dalam pinggan dihiasi hirisan limau bertarikh 28 Disember 1999.

Pasangan itu dipercayai menggunakan taktik menggunakan dadah untuk ‘menidurkan’ mangsa sebelum membunuh dan melapah mereka.

Be the first to comment on "Perbuatan Suami Isteri Yang Ekstrim – Mereka Telah Melakukan Kegiatan Ini Selama 18 Tahun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*