Perkahwinan Sejenis Pertama Di Tawau – Berkemungkinan Yang Pertama Di Malaysia!

Memetik sumber daripada halaman rasmi Facebook Tawau, perkahwinan sesama jantina telah berlaku dan tular. Berikut merupakan petikan tulisan daripada page tersebut:

Berita ni admin dapat tahu kelmarin apabila mula menjadi perbualan hangat masyarakat cina Tawau, tetapi tak berani post selagi belum dapat pengesahan atau sumber dari media perdana.

Ivan Shing Yan (28 tahun) & Winson Hsu Wing (26 tahun) berkenalan 3 tahun lepas dan di situ segalanya bermula. Mereka juga bersama sama membuka Ding Tea Cafe, jenama minuman dari Taiwan di Pusat Komersil Bintang Kubota Tawau.

Dalam berita bahasa cina yang admin baca, mereka mengadakan majlis “proposal” atau deklarasi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur minggu lepas. Selepas majlis itu, masing masing mengumumkan kepada umum di facebook mereka.

Ivan dimaklumkan pernah berkahwin secara normal sebelum ini tetapi tidak berpanjangan.

Video majlis tersebut mula dikongsikan menggunakan platform vimeo dan mula menarik perhatian ramai.

Mereka belum buat keputusan di negara mana mahu mendaftarkan perkahwinan mereka.

Nota Kaki : Warga Admin Tawau @ Tawaurian sama sekali TIDAK BERSETUJU dengan perkembangan ini. Walaupun keadaan ini nampaknya seperti tidak mendapat tentangan dari masyarakat Cina, tetapi sebagai orang Islam admin harap ianya tidak menular dalam masyarakat kita keseluruhannya. Kalau tuhan hendak turunkan bala, semua akan kena…

Link sumber berita & Video Majlis “proposal” akan admin share kemudian.

#LGBT #PerkahwinanSejenis #Gay #Tawaurian #Tawau

 

Sumber: Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *