Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Enjin Kereta Anda Overheat ditengah Jalan.

Enjin overheat adalah situasi dimana suhu enjin lebih panas daripada biasa ataupun situasi enjin berasap dan kereta langsung tak boleh bergerak. Komponen yang memainkan peranan penting dalam sistem sejukan enjin adalah radiator. Kegagalan radiator menjalan tugas pastinya akan mengakibatkan enjin melahu lebih tinggi daripada biasa. Namun, terdapat komponen minor yang turut menyumbang prestasi radiator seperti hos getah, penutup radiator, ,kepala tangki radiator, pam air dan kipas radiator.

Jika salah satu komponen yang dinyatakan tidak berada dalam kondisi yang baik, maka sistem keseluruhan tidak akan berjalan dengan baik. Perkara ini akan menaikkan suhu enjin dan mungkin akan mengakibatkan pelbagai perkara yang lebih serius berlaku.

Komponen penting dalam sistem sejukan cecair kenderaan:

1.  Radiator
Tangki utama yang menyimpan cecair penyejuk. Periksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Pastikan paras cecair cukup dan tidak berkarat.

2.  Penutup tangki radiator

Penutup tangki radiator (radiator cap) memainkan peranan untuk mengawal tekanan didalam radiator. Sekiranya penutup anda sudah terlalu lama, tukar yang baru. Pastikan spesifikasi yang ditukar adalah sama dengan penutup yang lama.

3.  Kipas enjin
Sentiasa pastikan kipas berfungsi dengan baik. Jika terdapat tanda-tanda kipas tidak berfungsi dengan baik, tukar motor kipas dan sebaik-baiknya dengan alat ganti tulen daripada pengilang.

4.  Pam air
Pastikan anda kerap memeriksa sistem keseluruhan sistem sejukan semasa melakukan servis. Adalah lebih baik anda menukar pam air pada setiap kali menukar timming belt.

5.  Hos getah
Hos-hos getah di sekitar enjin menghubung sistem sejukan cecair. Pastikan getah tidak membengkak atau keras. Kebocoran boleh terjadi jika hos getah terlalu lama. Manakala pada bahagian dalaman sistem, jika gasket terjejas, ia akan menyebabkan anda terpaksa sentiasa mengisi tangki radiator kereta.

6. Thermostat

Fungsi thermostat adalah untuk memicu kipas radiator. Pastikan t

Overheating ketika memandu, apa perlu buat?

1.  Jika anda menyedari jarum suhu enjin naik, jangan tunggu sehingga ia mencecah pada garisan merah ‘H’ (hot). Berhentikan kereta anda di bahu jalan dan matikan enjin. Jauhkan daripada melalui kawasan trafik sibuk.

2.  Buka hud enjin anda untuk biarkan enjin sejuk.

3.  Jangan sesekali terus membuka penutup tangki radiator. Tekanan tinggi dalam tangki boleh menyebabkan air panas terpancut keluar.

4.  Periksa tangki simpan (reservoir) radiator. Kebanyakan kereta moden menggunakan bekas plastik. Isikan air jika kosong.

5.  Selepas enjin sejuk, buka penutup radiator dengan menggunakan kain secara perlahan-lahan. Isikan air ke dalam tangki radiator sehingga penuh. Periksa setiap hos untuk pastikan tiada kebocoran. Jika tidak terdapat kebocoran yang berlaku pada hos atau tangki, berkemungkinan besar anda mengalami masalah kipas yang tidak berfungsi, pam air, atau masalah kebocoran dalam bahagian enjin.

6.  Hidupkan enjin dan periksa semula sama ada kipas berfungsi atau tidak. Sekiranya kipas tidak berfungsi, kereta masih boleh dipandu tetapi elakkan trafik sibuk.

Apa perlu buat jika terpaksa memandu kereta bermasalah overheating?

1.  Tutup sistem pendingin hawa.

2.  Sentiasa melihat meter suhu enjin.

3.  Matikan enjin jika terlalu panas.

4.  Pastikan melalui jalan yang tidak sibuk.

5.  Segera bawa ke bengkel.

Be the first to comment on "Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Enjin Kereta Anda Overheat ditengah Jalan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*