Perlukah Mengepam Tayar Sehingga ke Tekanan Maksimum? Kesan Buruk dan Cara Atasinya

Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan maksimum?

Tekanan maksimum merupakan tekanan sejuk yang maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum. Sejuk adalah situasi yang mana anda mengepam tayar pada masa yang ideal iaitu :

  1. Pada waktu pagi.
  2. Selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh

Kebiasaannya ,maklumat tekanan maksimum anda boleh dapati di dinding sisi tayar.

Kesan mengepam tayar dengan tekanan maksimum.

Tayar yang dipam maksimum bermakna tayar tidak ada ruang anjal pada dinding sisi. Pengendalian akan bertambah baik ( rasa ringan) tapi akan berdepan dengan ketika brek mengejut. Kereta akan mudah membuang. Mengepam tayar dengan tekanan maksimum juga akan memendekkan jangkahayat tayar. Ini kerana getah bunga dibahagian tengah akan lebih menonjol dan akan menyebabkan lebih cepat haus berbanding bunga tepi.

Tekanan tayar yang terbaik ?

Tekanan tayar yang terbaik boleh anda dapati pada tiang B sebelah pemandu atau manual pengguna. Kurang angin pada tayar akan menyebabkan bunga tayar tepi akan cepat haus , kereta terasa berat dan tentulah penggunaan minyak akan bertambah. Sebaiknya, pamlah tayar anda dengan tekanan optimum untuk memanjangkan hayat tayar dan menjimatkan penggunaan petrol.

Masa terbaik mengepam tayar?

Masa terbaik untuk mengepam tayar bergantung kepada penggunaan kereta anda. Namun, anda dinasihatkan untuk memeriksa tekanan tayar anda dua minggu sekali.

Untuk memudahkan anda memeriksa tekanan tayar, anda boleh dapatkan tolok bacaan tekanan angin pada tayar anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *