Permintaan Terakhir Banduan Dihukum Mati Ini Membuatkan Polis Menangis

Memang terasa sebak dan sedih bila banduan dikenakan hukuman mati, lagi-lagi ┬ákeluarga pesalah yang mendapat berita sebegini. ” Yang salah tetap salah”, dan itulah hukuman yang harus diterima atas segala kesalahan yang telah dibuat.

 

Hanya tuhan saja yang tahu betapa sedihnya dalam hati banduan itu… Beberapa hari sebelum dihukum gantung dia diberi satu peluang oleh pihak polis untuk menulis permintaan terakhir. Menggeleter tangan polis bila baca surat dari pesalah itu, surat permintaan banduan ini sangat sebak. Nak tahu apa yang ditulis oleh pesalah ini, jom baca…..memang sangat sediah..

 

 

Permintaan terakhir banduan yang dihukum mati ini buat polis menangis!! Seorang banduan akhir, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ” permintaan terakhirnya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

 

Dalam isi surat yang ditulis….

 

Ibu…

 

Sekiranya terdapat lebih keadilan dalam dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah keata liku perjalan yang saya jalani.

 

Ingatkah Ibu ketika saya mencuri wang dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya kesebuah pasaraya untuk membelanjakan segala duit curian itu.

 

Ingatkah ibu ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

 

Ingtkah Ibu ketika saya beretengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuiatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

 

Baca disini: ketahui kesihatan dalaman kita melalui warna air kencing

 

Ibu….

 

Ketika itu saya hanya seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah kerana dengan didikan yang saya pelajari ketika kanak-kanak. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang bermasalah yang perjalanan hidupnya musnah.

 

Ketika itu saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan ( untuk berbuat kerosakan).

 

Tetapi, saya memaafkan ibu…Kerana saya sayangkan ibu..Ibu sajalah satu-satunya wanita yang sayangkan di dunia ini.

 

Saya mohon agar surat ini sampai kepadea seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah dari pendidikan ibubapanya.

 

Terima kasih ibu kerana memberikan “nyawa” kepada anak mu ini sehingga dapat menulis surat ini dan juga akhirnya menyebabkan anakmu kehilangannya.

 

Dari anakmu,

(Seorang banduan hukuman mati)

 

Apapun, perlu diigat bahawa tugas utama ibu adalah untuk mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. Jejak kaki ibu itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, ” Syurga itu di telapak kaki ibu “.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *