Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP

Apa itu MAIWP? MAIWP ataupun dalam konteks panjangnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah satu pertubuhan yang menjaga kebajikan dan hal ehwal umat Islam di Wilayah Persekutuan termasuklah Labuan dan Putrajaya. Artikel ini akan menerangkan mengenai permohonan bantuan baitulmal MAIWP.

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP

Antara objektif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ditubuhkan adalah:

  • Membentuk dan mewujudkan masyarakat Islam yang dinamik dan progresif dan sentiasa mencari keredhaan Allah
  • Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhwah dalam kalangan umat Islam khasnya di Wilayah Persekutuan dan juga di Malaysia secara amnya bagi mencapai perpaduan ummah
  • Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan menegah kemungkaran dalam masyarakat Islam
  • Melaksanakan langkah-langkah menambah harta MAIWP dengan pelaburan dan usaha-usaha yang halal demi faedah dan kebaikan umat sejagat

Syarat-Syarat Umum Permohonan Baitulmal MAIWP

i. Beragama Islam

ii. Warganegara Malaysia

iii. Telah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

iv. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Untuk artikel ini, admin akan fokus kepada pemohonan bantuan baitulmal MAIWP secara online. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

a. Lengkapkan segala butiran yang tertera di borang permohonan (tandatangan sokongan tidak diperlukan)

b. Sertakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam borang (cop pengesahan tidak diperlukan)

c. Setelah lengkap, boleh hantar borang permohonan tersebut ke mana-mana cawangan yang berhampiran (sebaiknya individu sendiri yang menghantar borang tersebut supaya boleh terus ditemuduga justeru proses permohonan lebih pantas)

Jenis-Jenis Bantuan Yang Disediakan

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Am Persekolahan
  • Bantuan Perniagaan
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Membina/Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  • Bantuan Tambang Luar/Dalam Negeri
  • Bantuan Segera
  • Bantuan al-Riqab
  • Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  • Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
  • Bantuan Ramadhan
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Selesaikan Hutang (al-Gharimin)
  • Bantuan Musibah
  • Biasiswa Baitulmal/Insentif Khas Untuk Pelajar Cemerlang
  • Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
  • Bantuan Pertanian
  • Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
  • Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Tiga Roda Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Takaful Asnaf

Semoga artikel ini sedikit-sebanyak memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan bantuan baitulmal MAIWP. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai permohonan ini, sila layari http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*