Permohonan IPG 2018 PISMP Online

IPG ataupun Institut Perguruan Guru  merupakan institut yang mempersiapkan garduannya untuk menjadi guru. Dahulunya, IPG lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan namun selaras dengan kehendak semasa, Maktab perguruan ini kemudiannya dinaiktaraf sebagai Institut dan melayakkan pelajarnya untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Permohonan IPG 2018 PISMP Online belum dibuka secara rasmi namun jika melihat kepada tarikh permohonan dibuka pada tahun lalu, permohonan akan dibuka pada bulan Mac.

Sebelum membuat permohonan , anda dinasihatkan untuk membaca syarat permohonan untuk memasuki institut perguruan guru dan sentiasa cakna dengan tarikh yang bakal dikeluarkan oleh MOE

Syarat Permohonan IPG 2018 PISMP Online

Berikut merupakan syarat-syarat untuk memohon  memasuki IPG

Syarat Umum ialah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada Jun 2018
  3. Calon hendaklah sihat tubuh badan.
  4. Calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia.
  5. Mendapat keputusan cemerlang dalam 5 mata pelajaran SPM.
  6. Calon mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
  7. Calon lulus dalam Bahasa Inggeris.
Syarat Khusus pula adalah seperti berikut:
  1. BAHASA IBAN (SK) – BAHASA IBAN :C
  2. BAHASA CINA (SK)  – BAHASA CINA :A-
  3. BAHASA INGGERIS (SK) – BAHASA INGGERIS :A
  4. BAHASA KADAZAN DUSUN (SK) – BAHASA KADAZANDUSUN : C
  5. BAHASA MELAYU (SK) -BAHASA MELAYU : A-
  6. BAHASA TAMIL (SK) – BAHASA TAMIL : A-
  7. MATEMATIK (SK) -MATEMATIK :A-  , MATEMATIK TAMBAHAN :A-
  8. SAINS (SK) – Mana-mana (2) matapelajaran berikut: FIZIK :A- , KIMIA :A-, BIOLOGI :A
  9. PENDIDIKAN ISLAM (SK) – BAHASA ARAB :B , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH :A- , PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM :A-
  10. PENDIDIKAN KHAS (SK) – MATEMATIK : A- , Mana-mana (1) matapelajaran berikut: FIZIK : A- , KIMIA : A-  ,BIOLOGI : A-  ,SAINS : A-
  11. BAHASA CINA (SJKC) – BAHASA CINA :A-
  12. BAHASA INGGERIS (SJKC) – BAHASA INGGERIS :A , BAHASA CINA : C
  13. BAHASA MELAYU (SJKC) – BAHASA MELAYU : A- , BAHASA CINA : C
  14. MATEMATIK (SJKC) – MATEMATIK : A-, MATEMATIK TAMBAHAN : A- , BAHASA CINA : C
  15. SAINS (SJKC) – BAHASA CINA : C Mana-mana (2) matapelajaran berikut: KIMIA :A- , FIZIK : A-  , BIOLOGI : A- ,
  16. PENDIDIKAN ISLAM (SJKC) -BAHASA ARAB :B , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH : A- , PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM : A-
  17. BAHASA INGGERIS (SJKT) – BAHASA INGGERIS : A , BAHASA TAMIL : C
  18. BAHASA MELAYU (SJKT) – BAHASA MELAYU : A- , BAHASA TAMIL : C
  19. BAHASA TAMIL (SJKT)– BAHASA TAMIL : A-
  20. MATEMATIK (SJKT)–  MATEMATIK : A-  ,MATEMATIK TAMBAHAN : A-, BAHASA TAMIL : C
  21. SAINS (SJKT)– BAHASA TAMIL : C, Mana-mana (2) matapelajaran berikut:KIMIA :A-, FIZIK : A-  , BIOLOGI : A-
  22. PENDIDIKAN ISLAM (SJKT) – BAHASA ARAB : B  , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH : A-   PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM : A-

Permohonan IPG 2018 PISMP Online

Semoga artikel ini membantu calon untuk dijadikan panduan memilih kursus yang anda minati.Kami doakan anda beroleh kejayaan yang besar pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *