Persiapan Kahwin? Ini Komen Shahir AF untuk Netezin

Umum kini mengetahui hubungan akrab antara Shahir dan juga Erra Fazira.

 

Dengan hubungan yang akrab, kini menjadi teka teki pula kepada orang ramai bahawa apakah status sebenar hubungan mereka berdua ini.

 

Baru-baru ini timbul pula satu kenyataan yang mengatakan mereka berdua kebekangan ini giat untuk membuat persiapan perkahwinan.

 

Terkejut dengan kenyataan dan gosip tersebut, Shahir tampil untuk memberi penjelasan.

 

Penjelasan Shahir AF:

 

“Belum ada sebarang persiapan. Belum lagi. Persiapan saya sekarang adalah untuk program AF Megastar. Mereka mendoakan yang terbaik buat saya.

“Erra turut memberi panduan dan nasihat berguna kerana dia sendiri pernah menjadi juri program AF sebelum ini”

“Malah Erra turut memberi kata-kata perangsang supaya saya dapat melakukan yang terbaik,”

 

Shahir juga merupakan peserta yang tersenarai sebagai peserta finalis AF Megastar.

 

Penyanyi ini juga turut memberitahu Erra Fazira banyak membantu beliau dan memberikan sokongan terhadap dirinya untuk terus berusaha di rancangan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *