Peserta Dan Artis Yang Terlibat Dalam Acara Penutup Sukan SEA 2017 Mendakwa Belum Dibayar Oleh Pihak Penganjur!

Pada malam Merdeka di stadium kebangsaan Bukit Jalil, ikon pop dan penyanyi tanah air, Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk menjayakan persembahan sempena upacara penutupan majlis Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun, dua bulan berlalu selepas tamatnya acara tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hijau’ itu tampil dengan meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap pihak penganjur sukan SEA KL2017.

Berkongsi sentimen yang sama, penyanyi Adibah Noor Mohd Omar menerusi laman rasmi Facebooknya turut mengekspresikan keluhan kecewa yang sama terhadap pihak berkenaan yang dianggap memberikan alasan tidak munasabah.

Berhubung isu ini, Zainal menjelaskan bahawa walaupun mereka tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan, kerja keras mereka harus dikompensasi seperti dalam perjanjian yang ditandatangani di antara mereka dan pihak penganjur. Luahnya kepada portal tersebut,

“Bukan sekadar menteri yang mahukan kehidupan mewah, kami artis juga mahukan kehidupan yang baik.”

 

 

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *