Petua Yang Sangat Mudah Untuk Mengubati Sakit Tumit Dengan Cara Amalkan….

Sakit-sakit anggota badan ini selalunya terkena kepada yang banyak berkerja, orang gemuk  dan juga yang telah berusia lanjut. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tulang, tumit dan angota badan yang lain.. Kali ini adalah perkongsian yang sangat mudah pada mereka yang terkena sakit tumit, Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat tumit akan berasa sakit.

 

Petua mudah hanya amalkan cara-cara ini :

 

pertama sekali untuk mengubati sakit pada bahagian tumit adalah hanya menyediakan garam dalam kuantiti 1satu kilogram, selepas itu sediakan kuali dan panaskan serta masukkan garam tersebut. Goreng garam tanpa ada minyak. pastikan api jangan terlalu kuat , biar api dalam keadaan yang sederhana.

 

Apabila semua garam yang digoreng tadi  mulai panas, angkat perlahan-lahan dengan berhati-hati dan bungkus dalam kain  yang bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu.

 

 

Amalkan selalu petua ini, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insyaAllah akan sembuh sepenuhnya.

 

Mudahkan petua ini, yang penting usaha dan sabar serta amalkan selalu cara ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat pada kita dan jangan lupa share kepada yang lain untuk kebaikkan bersama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *