Polis Sengaja Tinggalkan Mayat Lelaki Di Tengah Jalan Raya Selepas Mati Kemalangan. Ini Sebabnya..

Kejadian ini berlaku di China. Seorang lelaki berumur 28 tahun bernama Tao Lung yang memandu Jaguar F-Type (bernilai RM400,026) telah mengalami kemalangan ketika memintas kereta lain.

Kejadian dikhabarkan, ketika Tao Lung hendak memintas kereta lain, kedua-dua kereta dipandu melebihi 240km/h di jalan raya kawasan perumahan. Kemalangan itu terjadi disebabkan, sebuah kereta baru sahaja keluar daripada kawasan perumahan dan menyebabkan Tao gagal membrek dan merempuh kereta tersebut.

Disebabkan perlanggaran tersebut, Tao terpelanting dan terkeluar dari keretanya. Kemudiannya, sebuah kereta lain tidak dapat mengelak Tao turut melanggarnya menyebabkan Tao meninggal di tempat kejadian.

Sebelum kejadian berlaku, penduduk di kawasan perumahan tersebut sudah memberi amaran kepada pihak polis bahawa kemalangan akan beraku bila-bila masa sahaja jika jalan raya dikawasan itu tidak dipantau oleh polis.

Menurut seorang penduduk, kebanyakan orang yang memandu laju dikawasan itu berasal daripada golongan yang kaya menyebabkan pihak polis tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka.

Sejurus polis tiba ditempat kejadian, pihak polis tidak segera menutup mayat Tao, malah membiarkan mayatnya terdedah selama sejam di jalan raya. Tindakan pihak polis ini adalah bertujuan untuk memberi peringatan berlumba haram di jalan raya akan mendatangkan kesan kemalangan seperti Tao.

Ini merupakan mesej daripada pihak polis kerana pihak mereka tidak mampu mengambil tindakan kerana kebanyakkan orang yang memandu laju di kawasan tersebut berasal daripada golongan orang kaya.

Be the first to comment on "Polis Sengaja Tinggalkan Mayat Lelaki Di Tengah Jalan Raya Selepas Mati Kemalangan. Ini Sebabnya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*