Rancang Berkahwin Pada Tahun 2018? Ini ‘Checklist’ Perlu dibuat Oleh Anda.

Perkahwinan adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam agama.Selain dapat memperbanyak umat, perkahwinan juga dapat mengurangkan gejala sosial. Dengan perkahwinan, lelaki akan lebih bertanggungjawab dan perempuan pastilah akan lebih matang. Menuju hari perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, padanya terdapat persiapan yang rapi perlu dilakukan. Merancang berkahwin pada tahun 2018, ni senarai semaka yang pastinya akan membantu anda untuk bermula daripada mana.

SENARAI SEMAK PERSIAPAN PERKAHWINAN:-
MERISIK -> PERTUNANG -> MALAM BERINAI -> PERKAHWINAN -> PERSANDINGAN -> BERTANDANG
MERISIK:
•Cincin belah rotan (cincin tanda)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Hiasan rumah, pakaian pertunangan & makanan serta jemputan
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
PERKAHWINAN
EVENT DETAILS
 
Menentukan tarikh, masa, tempat, bilangan tetamu dan tema bagi setiap majlis yang akan diadakan: 
  • Nikah
  • Resepsi
  • Bertandang
8 – 6 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
Bagi pengantin lelaki:

  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

 

5 – 4 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  2. Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki.
  5. Tempah caterer & menu.
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
  7. Tempah pelamin.
  8. Tempah DJ & karaoke.
  9. Tempah kompang.
  10. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  11. Beli/tempah baju family.
  12. Beli bunga telur/bunga pahar.
  13. Beli bunga manggar.
  14. Tempah kek atau nasi kunyit.
  15. Beli/tempah doorgift.
  16. Tempah henna/inai
  17. Sediakan aturcara majlis.
  18. Sediakan pembahagian tugas.
Bagi pengantin lelaki:

  1. Facial/body treatment

Bagi pengantin perempuan:

  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  2. Facial/body treatment
3 BULAN SEBELUM
 
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Tempah banner/bunting.
  3. Tempah signage.
  4. Tempah poster.
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital.
  7. Hantar/sediakan legal documents:
    • Kursus kahwin
    • HIV Test
    • Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video

Bagi pengantin lelaki:

  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  3. Facial/body treatment

Bagi pengantin perempuan:

  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment.
  4. Tempah band.
  5. Buat I/C baru, tukar alamat
  6. Buat passport.
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco.
  8. Beli button badge untuk family.

2 – 1 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Membeli barang kemas.
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Bagi pengantin perempuan:

  1. Tempah candy buffet untuk resepsi.
  2. Photobooth corner.

3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  3. Sediakan guestbook corner.

Bagi pengantin perempuan:

  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.

2 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Normal facial
  2. Hias bilik tidur pengantin.
  3. Dental treatment

Bagi pengantin perempuan:

  1. Full face threading

3 – 1 HARI SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Pasang pelamin.
  2. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran 
  3. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  4. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  5. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  6. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Pedicure/manicure.
  10. Pakai henna/inai

Bagi pengantin lelaki:

  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:

  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:

  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Semoga niat baik para pembaca untuk bernikah dipermudahkan segala urusannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *